Monday, December 7, 2009

Wayang dan filem kita

DALAM Anugerah Skrin TV3 Jumaat lalu filem Wayang arahan Hatta Azad Khan dipilih sebagai Filem Terbaik. Sementara Hatta dipilih sebagai Pengarah Terbaik, Eman Manan (Pelakon Lelaki Terbaik), Zulhuzaimy (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik) dan dua anugerah lagi. Tulisan ini bukanlah kerana Wayang yang diusahakan oleh UiTM ini mengungguli Anugerah Skrin TV3 kali ini.
Suatu yang lebih menarik dari Wayang ialah mendedahkan senario pemikiran sebahagian besar khalayak dan birokrat kita tentang filem.



Banyak lagi contoh yang boleh diketengahkan dan dilihat kecenderungan untuk menolak karya-karya yang membawa pemikiran yang agak besar.
Wayang juga memberikan isyarat kepada sesiapa yang mempunyai idea yang besar, janganlah kemukakan kepada sesiapa. Simpan saja sebagai khazanah kerana filem kita tidak memerlukan idea atau pemikiran yang besar. Dunia filem kita memerlukan yang untung besar.
Ketika Hatta memberikan naskhah Wayang yang ketika itu berjudul Kelir Kaku, saya beritahu Hatta bahawa karya ini tidak menarik minat penerbit filem kita. Bukan kerana karyanya lemah dan buruk tetapi pembangunan filem tempatan tidak memerlukan filem seperti yang ditulis oleh Hatta. Penilaian sebahagian besar daripada kita tentang filem berbeza dengan orang di negara lain yang tahap kemodenannya sama dengan kita.
Di negara lain, komedenan berkembang selari dengan kemajuan pemikiran rakyat. Malah pemodenan yang dikecapilah yang membolehkan karya-karya besar mendapat tempat.
Tetapi di negara kita perkembangannya berbeza. Saya tidak pasti adakah perkembangan kita yang silap atau penghayatan yang tinggi terhadap karya besar di luar negara yang tidak betul. Lihatlah sampai hari ini isu yang dibahaskan kalangan penerbit filem ialah bagaimana untuk menjual filem, bukannya memerah otak meningkatkan mutu filem. Maka kalau dulu naskhah Wayang ditolak oleh banyak penerbit, itu bukanlah suatu yang luar biasa kepada industri kita.
Di sini ada sedikit pertentangan apabila kita menjulang slogan untuk membawa filem tempatan ke persada dunia, tetapi semakin hari semakin giat pula kita menerbitkan filem-filem yang tidak berselera dunia. Barangkali penerbit filem kita realistik bahawa membuat filem adalah salah satu cabang perniagaan. Cuma yang selalu bercakap tentang pemikiran yang besar dalam filem adalah karyawan. Karyawan bermodalkan pemikiran dan penerbit filem bermodalkan duit, akhirnya duit yang menjadi kata pemutusnya.
Daripada kisah Wayang, kita boleh membuat kesimpulan bahawa dunia filem kita bukannya tidak mempunyai pengarah yang hebat dan karyawan yang berbakat. Kita mempunyai banyak pengarah yang bukan saja mempunyai ilmu akademik malah berpengalaman. Malah mempunyai pelakon-pelakon yang hebat setaraf dengan pelakon di luar negara. Tetapi kerana kecenderungan pembangunan filem kita yang berbeza, mereka seolah-olah tidak ada tempat untuk membantu membangunkan filem tempatan.
Dalam perjalanan kita untuk menongkah arus besar ke persada dunia, beberapa naskhah yang membawa pemikiran besar telah diketepikan. Mereka yang menjadi tukang pilih naskhah yang layak pula mempunyai akal dan pemikiran jauh lebih rendah daripada karyawan yang menulis naskhah.
Tetapi kerana kuasa pemutus bukan di tangan karyawan, kita bawa saja filem yang ada ke persada dunia. Wayang Hatta adalah wayang untuk kita semua.

Sumber : Utusan Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More