Sunday, December 6, 2009

KB MALL Runtuh???!!



Terkejut juga bila dapat berita dari tempat kejadian bahawasanya KB Mall runtuh sekitar 6 petang tadi. Bila diselidik rupanya bukan KB Mall yang runtuh, tetapi sebuah kereta Mazda kuning jatuh ke dalam KB Mall dari tempat parking bahagian atas bumbung dan tersepit di celah escalator hingga menyebabkan 2 kematian dan 3 orang awam yang tercedera (kalau tak silap info).




Alkisahnya, sekitar 5 petang aku on the way nak balik dari Pusat MAXIS dan add topup aku kat CIMBaku lalu je kat KB MALL sesak,aku balik ikut TESCO nak lari dari kesesakan tetapi apabila sampainya aku dekat kolej kawan aku bagitau KB MALL runtuh. Terkejut juga. Ditambah lagi dengan fly over yang sedang (atau akan) dibina berhampiran dengan KB Mall menyebabkan kes KB Mall runtuh mungkin disebabkan oleh construction tersebut akibat daripada struktur tanah yang kemungkinan longgar. Macam² la tafsiran boleh buat, faktor hujan (walaupun KB tak hujan mana skang ni) pun boleh jadi juga.
Aku tengok dalam Facebook seorang kawan upload gambar di tempat kejadian iaitu gambar sebuah kereta berwarna kuning yang jatuh dari parking tingkat atas ke kawasan beli belah KB Mall. Aku mula terfikir, kalau KB Mall runtuh, macam mana orang boleh ambik gambar kereta tu? Dan kenapa hanya sebuah kereta? Bangunan sekelilin pun nampak elok je takde retak² atau sebarang bentuk bangunan yang runtuh?

Lagi gambar update diterima. Kali ini gambar sebuah lubang dari bahagian parking. Daripada description menceritakan kereta tersebut reverse lalu terjatuh dan menyebabkan kematian pelajar perempuan dari Kolej Masterskill. Siapa sangka, ajalnya datang ketika berada di KB Mall.


 Teknologi sekarang juga membolehkan kita boleh upload video terus ke Youtube melalui handphone. Satu video yang diupload sekitar sejam selepas kejadian membuktikan bahawa KB Mall tak runtuh, tetapi sebenarnya sebuah kereta telah jatuh dari parking tingkas atas. Istilah ‘runtuh’ disalahgunakan ketika menyampaikan info. Bila disebut ‘KB Mall runtuh’, secara automatik kita akan fikir yang bangunan KB Mall telah collapse seperti dibom atau tenggelam ke dalam tanah akibat gempa bumi. Sepatutnya di sini istilah ‘jatuh’ ditekankan, iaitu sebuah kereta telah jatuh dari parking tingkat atas KB Mall. KB Mall runtuh memberi efek yang sangat sangat besar kepada sesiapa saja yang mendapat berita ni, berbanding dengan kereta yang jatuh ke dalam KM Ball.







Dan walau bagaimana pun ucapan takziah kepada yang mendapat bencana dan satu lagi dapatkan cerita yang sahih dahulu sebelum menyebarkannya..

Wallahua'lam

p/s: tahukan korang KB Mall pernah dinobatkan sebagai kompleks beli belah terunggul di Malaysia?
p/p/s:ada blog khas tentang KB Mall yang runtuh.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More