Tokoh Muslimah Sepanjang Zaman

Dari: "Tokoh-tokoh Wanita di Sekitar Rasulullah SAW" karangan Muhammad Ibrahim Saliim. Diketik oleh: Hanies Ambarsari..

Negara yang Memiliki Populasi Muslim Paling Banyak di Dunia

Tahukah Anda, negara yang memiliki populasi muslim paling banyak di dunia?? saya cuba cari data nya dan alhamdulillah menemukan data yang terpercaya, berikut ini saya cuba informasikan 10 negara dengan populasi muslim terbanyak di dunia lengkap dengan jumlah populasi nya.

Gambar Muslimah Di Facebook

Dulu2 saya ada ditanya oleh bekas pelajar sy ada bertanya tentang muslimah yang menayangkan pelbagai gambar didalam blog freindster dan facebook..

Pasukan Bolasepak Paling Mahal

Manchester United merupakan kelab terkaya di dunia, hasil pemasaran bijak bagi pangkalan penggemar di seluruh dunia..

Siapa Pengasas Makanan Terkenal Dunia

Monday, May 31, 2010

7 Perkara Ganjil



7 Perkara Ganjil
7 Perkara Ganjil


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.  Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur
untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."
         *Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
          *Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
          Sambung pemuda itu lagi, *Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
        Jawab ahli ibadah tersebut, *Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya.  Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika  sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"
 
         Pemuda itu menyambung lagi, *Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."
 
        *Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi. 
         *Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
 
         Jawab ahli ibadah itu, *Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."
 
          *Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.
          *Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut. 
         *Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"
 
         *Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
 
         *Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.
 
        Jawab ahli ibadah tersebut, *Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."
 
         Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya  jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

Sunday, May 30, 2010

Fakta Yang Hendak Di Kongsi

1. Mao Tse tsung tidak pernah memberus gigi sepanjang hayatnya. Beliau mengunakan air teh utk berkumur dan akan mengunyah daun teh mentah utk membersihkan giginya.

2. Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan. America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali

3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

4. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune .

5. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

6. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

7. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

8. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

9. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

11. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

12. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

13. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

14. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

15. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan
boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

16. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

17. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

18. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu

19. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah

20. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

21. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
 
22. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.
 
23. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu
 
24. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah

Friday, May 28, 2010

Millatfacebook cabar Facebook,Jom Cuba!



Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, Islam

ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.

Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.

Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.
Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP

Jom kita cuba demi maruah agama kita...


Wednesday, May 12, 2010

ALASAN PALING TOP UNTUK TIDAK BERTUDUNG


1.           Mereka kurang tahu tentang dalil-dalil dari al-Quran dan al-Hadis mengenai kewajiban menutupi aurat dan bertudung. Mereka kata, “Maaf, kami tak tau pun?” Mereka juga kurang tahu akan pengertian aurat. Mereka tidak kenal dengan alim ulama dan mereka juga tidak mahu atau mungkin tidak berpeluang mendekati alim ulama. So, kalau dah tak tau usahakanlah untuk ambil tau.



2.           Alasan kedua, “menutup aurat dan bertudung ni panas dan merimaskan lah”. Tapi tidak terfikirkah mereka betapa panasnya lagi neraka di kemudian hari yang mana akhirat itu adalah tempat yang lebih kekal berbanding dunia fana yang sementara ini. Emmm… tapi, kenapa ramai jugak mengatakan bahawa dengan bertudung dan menutup aurat ni diri mereka berasa lebih selesa dan tenteram. Then, kenapa mereka boleh, ada pulak sibuk kata tak boleh?




3.           Mereka kata lagi, “orang yang pakai tudung pun belum tentu baik perangainya”. Jadi, adakah itu alasannya untuk tidak memakai tudung? maknanya yang kata camtu baik kot… Sebenarnya dua-dua pun tak kena (sama-sama tak baik). Kalau perangai tak baik, itu pun tak elok. Then, kalau tak pakai tudung pun lagi lah tak elok. Sebenarnya, dalam kehidupan sebagai seorang muslim, asasnya adalah ketaqwaan dan keimanan iaitu seberapa taat kita kepada ALLAH Tuhan Yang Maha Menciptakan kita. Soal siapa baik tidak sepatutnya timbul. Tetapi, persoalan yang patut kita fikirkan ialah siapakah yang lebih takwanya disisi ALLAH. Adakah kita sudah cukup baik disisi ALLAH atau apakah usaha kita untuk menambahkan takwa kita? tambahan pula menutup aurat itu adalah wajib.





4.           Baiklah, ada juga di kalangan yang tidak menutup aurat ni sebenarnya semua tahu aurat tu wajib ditutup (dengan sempurna). Tapi, macam ni pulak katanya, “belum sampai serulah nak tutup aurat”. Seolah-olah, ketetapan ALLAH tu macam tak penting jer dan boleh tangguh-tangguh pulak… Tapi persoalannya, adakah nak mati tu ada tarikh-tarikhnya yang diberitahu telebih dahulu atau diseru terlebih dahulu. Ada ke dalam Quran kata, hukum tu boleh ditangguh-tangguhkan ikut suka-suka hati? Belum sampai seru juga membawa maksud, “hidayah belum sampai”. Emmm, persoalannya, dah kalau tak usahakan dan cari hidayah tu, manalah nak datangnya hidayah? Dah kalau hidup pun sukakan kepada yang tak baik (melanggar ketetapan ALLAH) ada ke hidayah tu nak datang dekat pada diri kita? Setiap manusia tidak tahu suratan Luh Mahfz masing-masing.




5.           Lagi, ada yang merasakan sudah cukup bagus dan bergaya dengan gaya yang ditampilkan. Ada yang fikir, itulah gaya yang “up to date” dan moden. Tetapi persoalannya, apakah tujuan sebenarnya kehidupan kita di muka bumi ini? Tak terfikirkah kita… adakah gaya yang ditampilkan itu menepati kehendak ALLAH S.W.T dan cukup bagus disisi-NYA atau pun tidak? Pada hakikatnya islam pun mempunyai gaya dan identitinya sendiri, rasanya tak perlulah kita mencedok budaya atau gaya yang bertentangan dengan agama Islam yang syumul




6.           Alasan seterusnya, “Kami tak tau pun, penting sangat ke perkara ni?” Mereka mungkin tidak faham secara keseluruhannya apa itu kehendak Islam. Inilah yang paling menyedihkan. Dan lebih teruk lagi, ada yang tidak mahu untuk menimba ilmu yang berkaitan.






7.           Lagi “Apa baiknya menutup aurat ni?” Paling teruk lagi,  mungkin meragui al-Quran. So, kenapa tak kaji bersungguh-sungguh al-Quran? Sedangkan, orang yang bukan Islam pun boleh masuk Islam apabila mereka mengerti akan Islam dan al-Quran dengan baik. Tapi, macam mana dengan kita yang dah Islam ni?




8.           Lagi alasan  “orang yang hebat-hebat macam menteri, professor, doctor, artis dan cikgu saya pun tak pakai tudung… kenapa mesti saya pakai tudung?”. Emmm, kenapa nak tengok kepada ‘title dan darjat’, Kenapa tak nak tengok kepada orang-orang yang beriman dengan baik terhadap suruhan ALLAH? Kenapa tak dikaji, atau tanya orang yang pakar bab-bab agama?





9.           Ada juga mungkin boleh kata begini, “Eh! Astora Jabat kata boleh apa tak pakai tudung, bukan salah mana pun?”Mungkin juga mereka ni orang-orang dan pengikut Astora Jabat kot.. ( Orang yang dianggap banyak menyelewengkan fakta agama melalui tulisannya di akhbar-akhbar perdana). Mufti pun dah sepakat mengatakan Astora Jabat ni orang yang bermasalah, tak kan la kita nak ikut kan..




10.           Akhir sekali, mungkin memang tak mahu terima kenyataan terhadap kebenaran yang hakiki. Hati yang penuh dengan kebencian terhadap kebenaran. Ada selalu berkata, “Eh, aku punya suka la! Ko apa sibuk?” “Kalau berdosa pun, aku yang berdosa, bukannya korang!” Kalau dah sampai tahap ni… memang tak tau nak kata apalah. Hanya ALLAH yang boleh menyelamatkan… itu pun jika DIA menghendakinya. Dan ketahuilah, sesungguhnya ALLAH sentiasa menghendaki kamu bersegera kepada taubat. Tetapi manusialah yang selalunya bertindak sombong dan bencikan kebenaran yang telah ditetapkan oleh ALLAH.

Moga-moga kita dapat kenang balik dan ambil manfaat dari artikel diatas. Yang baik jadikan tauladan, yang tak baik jangan jadikan sempadan tapi p letak jauh-jauh, jadikan orang dekat dengan kita mahupun sempadan dengan kita semua orang baik-baik.

Wallahu'alam...

Sunday, May 9, 2010

Negara yang Memiliki Populasi Muslim Paling Banyak di Dunia

Taukah Anda, negara yang memiliki populasi muslim paling banyak di dunia?? saya coba cari data nya dan alhamdulillah menemukan data yang terpercaya, berikut ini saya coba informasikan 10 negara dengan populasi muslim terbanyak di dunia lengkap dengan jumlah populasi nya


1. Indonesia : 182,570,000 orang

Indonesia merupakan negara Muslim terbesar di seluruh dunia. Meskipun 88% penduduknya beragama Islam, Indonesia bukanlah negara Islam. Muslim di Indonesia juga dikenal dengan sifatnya yang moderat dan toleran. Pada tahun 30 Hijri atau 651 Masehi, hanya berselang sekitar 20 tahun dari wafatnya Rasulullah SAW, Khalifah Utsman ibn Affan RA mengirim delegasi ke Cina untuk memperkenalkan Daulah Islam yang belum lama berdiri. Dalam perjalanan yang memakan waktu empat tahun ini, para utusan Utsman ternyata sempat singgah di Kepulauan Nusantara. Beberapa tahun kemudian, tepatnya tahun 674 M, Dinasti Umayyah telah mendirikan pangkalan dagang di pantai barat Sumatera. Inilah perkenalan pertama penduduk Indonesia dengan Islam. Sejak itu para pelaut dan pedagang Muslim terus berdatangan, abad demi abad. Mereka membeli hasil bumi dari negeri nan hijau ini sambil berdakwah.


2. Pakistan : 134,480,000 orang

Pakistan adalah sebuah negara yang terletak di Asia Selatan. Dengan lebih dari 150 juta penduduk, Nama Pakistan diambil dari awalan daerah Punjab, Afghan, Kashmir, Sind dan Baluchistan. Sedangkan dalam bahasa Persi Pak berarti suci dan Stan bermakna negara sehingga para pendiri Pakistan mengharapkan adanya negara suci menurut ajaran Islam.


3. India : 121,000,000 orang

Islam adalah agama yang kedua terbesar kedua setelah agama Hindu (80.5%). Ada sekitar 174 juta Muslim, 16.4% dari jumlah penduduk. Sejak pengenalannya ke India, Islam telah membuat penyumbangan keagamaan, kesenian, falsafah, kebudayaan, kemasyarakatan dan politik kepada sejarah, warisan dan kehidupan India.


4. Bangladesh : 114,080,000 orang

Islam adalah agama terbesar Bangladesh, yang muslim penduduk lebih dari 130 juta dan merupakan hampir 88% dari total jumlah penduduk, berdasarkan sensus 2001. Islam datang ke wilayah Bengal sejak abad ke-13, terutama oleh kedatangan para pedagang Arab, Persia Saints dan penaklukan daerahl Salah satu yang terkenal adalah suci Islam, Shah Jalal.


5. Turki : 65,510,000 orang

Daerah yang terdiri dari Turki moden mempunyai tradisi Islam yang lama dan kaya melatar belakang ke zaman permulaan Seljuk dan Empayar Uthmaniyyah. Orang Turki secara kebudayaan dan sejarah adalah umat Islam.


6. Iran : 62,430,000 orang

Sejarah awal Iran meliputi negara Iran dan juga negara-negara tetangganya yang mempunyai persamaan dalam kebudayaan dan bahasa. Ketika itu, negara-negara ini diperintah oleh kekaisaran-kekaisaran seperti Media dan Akhemenid. Sassania adalah kekaisaran Persia terakhir sebelum kedatangan Islam. Kemudian Persia bergabung menjadi sebagian khilafah Islam awal.


7. Mesir : 58,630,000 orang

Islam menyentuh wilayah Mesir pada 628 Masehi. Ketika itu Rasulullah mengirim surat pada Gubernur Mukaukis -yang berada di bawah kekuasaan Romawi-mengajak masuk Islam. Rasul bahkan menikahi gadis Mesir, Maria. Pada 639 Masehi, ketika Islam di bawah kepemimpinan Umar bin Khattab, 3000 pasukan Amru bin Ash memasuki Mesir dan kemudian diperkuat pasukan Zubair bin Awwam berkekuatan 4000 orang. Mukaukis didukung gereja Kopti menandatangani perjanjian damai. Sejak itu, Mesir menjadi wilayah kekuasaan pihak Islam. Di masa kekuasaan Keluarga Umayah, dan kemudian Abbasiyah, Mesir menjadi salah satu provinsi seperti semula. Khalifah Muiz membangun Masjid Besar Al-Azhar (dari “Al-Zahra”, nama panggilan Fatimah) yang dirampungkan pada 17 Ramadhan 359 Hijriah, 970 Masehi. Inilah yang kemudian bekembang menjadi Universitas Al-Azhar sekarang, yang juga merupakan universitas tertua di dunia saat ini.


8. Nigeria : 53,000,000 orang

Islam dianut oleh 50% dari total penduduk Nigeria, Penyebaran Islam di Nigeria dibagi dalam tiga periode, yaitu periode Trans Sahara dan Afrika Utara, periode Atlantik dan periode kemerdekaan. di samping melakukan perdagangan, para pedagang Muslim juga memperkenalkan misi utama ajaran Islam, yaitu mengembangkan perdamaian, keadilan dan kesejahteraan.


9. Algeria (Al-Jazair) : 30,530,000 orang

Islam pertama kali dibawa ke Aljazair oleh Bani Umayyah setelah invasi dinasti dari Uqba bin Nafi, dalam berlarut-larut proses penaklukan dan konversi yang membentang 670-711. Namun, seperti di Timur Tengah itu sendiri, mereka berusaha untuk menggabungkan baru mereka Islam dengan perlawanan terhadap aturan luar negeri kekhalifahan - sebuah ceruk yang Khawarij dan Syiah "ajaran sesat" diisi dengan sempurna.


10. Maroko : 28,780,000 orang

Maroko modern pada abad ke-7 M merupakan sebuah wilayah Barbar yang dipengaruhi Arab. Bangsa Arab yang datang ke Maroko membawa adat, kebudayaan dan ajaran Islam. Sejak itu, bangsa Barbar pun banyak yang memeluk ajaran Islam.


Sumber: http://jelajahunik.blogspot.com/2010/04/10-negara-dengan-populasi-muslim.html

Saturday, May 8, 2010

Gambar Muslimah Di Facebook

MUKADDIMAH

Dulu2 saya ada ditanya oleh bekas pelajar sy ada bertanya tentang muslimah yang menayangkan pelbagai gambar didalam blog freindster dan facebook. Saya jawab hukumnya harus selagi mana ia menutup aurat. Namun dari sudut adab yang tinggi bagi seorang muslimah tidak selayaknya sebagai muslimah yang mempunyai sifat malu yang tinggi untuk dia sewenang-wenangnya mendedahkan diri dan mukanya kepada khalayak ramai tanpa tujuan yang dibenarkan. Sebentar tadi saya baca buku "makarimul akhlak Fil Islam" yang tentang kisah seorang wanita yang malu mendedahkan mukanya di mahkamah perbicaraan Islam. Oleh itu saya ingin menulis tentang malunya seorang wanita.

MALUNYA WANITA DALAM QURAN

Didalam al-Quran disebut kisah dua anak Nabi Syuaib as dengan Nabi Musa as. Firman Allah swt:

"Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu" (25 : al-Qasas)

Dalam tafsir Sofwatut Tafasir menyatakan anak perempuan Nabi Syuaib as datang sambil menutup mukanya dengan pakaiannya.

Anak Nabi Syuaib as ini datang berjumpa dengan Nabi Musa atas arahan ayahnya yang sudah uzur.

Pengajaran: Wanita yang mempunyai urusan dengan lelaki hendaklah berjumpa dengan penuh rasa malu dan adab yang tinggi.

MALUNYA WANITA DALAM SUNNAH


كان صلى الله عليه وسلم أشد حياء من العذراء في خدرها

"Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada disebalik tirainya." (Hr Ahmad -sahih)

Dalam hadis menunjukkan kepada malunya seorang wanita terutama anak dara. Ia sepatutnya tidak mempamirkan diri kepada yang bukan mahramnya tanpa keperluan.

KISAH MALUNYA SEORANG WANITA

Seorang isteri telah mengemukakan aduan kepada qadi Mu'tadid Ali ar-Rayy tentang 500 dinar (wang mas) kahwin yang belum dibayar oleh suaminya. Wanita tadi membawa beberapa orang saksi yang menyokong dakwaannya. Si suami tidak mengakui dakwaan si isteri. Qadi pun menyuruh saksi-saksi untuk mengemukakan penyaksian mereka untuk menyokong dakwaan si isteri. Para saksi berkata:

"Wanita ini hendaklah memperlihatkan wajahnya supaya kami dapat pastikan dia lah wanita yang kami maksudkan."

Si Qadi menerima permintaan para saksi dan menganggapnya itu hak saksi2. Wanita menolak untuk menunjukkan mukanya kerana malu. Si Qadi menyuruh wanita tadi untuk memperlihatkan wajahnya untuk meneruskan dakwaan tadi. Tiba2 si suami yang bersimpati dengan isterinya segera berkata:

"Tidak usah tunjukkan muka mu. Aku mengakui dakwaan mu itu."

Si isteri terkesan dengan sikap suaminya lalu berkata:

"Aku menjadikan Allah sebagai saksi dan juga kamu semua bahawa aku halalkan semua mas kahwinku dunia dan akhirat."

Pengajaran: Walaupun ditempat yang sepatutnya wanita tadi membuka purdahnya untuk mendapatkan haknya tetapi oleh kerana itu sifat malu yang tinggi menyebabkan dia sanggup mengorbankan 500 dinar (wang emas).

KESIMPULAN

Oleh itu, walaupun wanita diharuskan meletakkan gambarnya diruang yang dilihat oleh bukan mahramnya selagi menutup aurat tetapi sebagai muslimah yang kuat pegangannya dengan Islam dan sifat malunya yang tinggi hendaklah menjaga dari mendedahkan gambarnya tanpa sebab dan tujuan seperti diletakkan gambarnya di blog dan friendster. Terutama yang mempunyai paras rupa yang cantik amatlah dituntut untuk mengelakkan perkara ini. Ini kerana Islam melarang wanita melakukan perkara yang boleh mencairkan hati lelaki dan menimbulkan fitnah. Firman Allah swt:


ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن


"Janganlah para wanita itu menghentak kakinya dengan tujuan supaya orang lelaki mendengar bunyi gelang kakinya sehingga menarik perhatian orang lelaki." (Sebahgian ayat 30 : an-Nur)

Peringatan: Hendaklah sifat malu ini tidak memilih jenis bangsa dan tempat. Jangan di luar negara (mesir contohnya) mempunyai malu yang tinggi tetapi tidak dimalaysia. Hendaklah sifat malu itu kerana Allah bukannya kerana manusia. Sentiasa mengawasi kita dimana sahaja kita berada.

MALUNYA WANITA TIDAK MENEGAH IA UNTUK KELUAR MENUNTUT ILMU AGAMA

Walaupun Islam menyanjung sifat malu pada wanita tetapi hendaklah sifat malu itu tidak menegah dari dia keluar menuntut ilmu. Kita lihat kesungguhan para wanita di zaman Nabi saw. Abu Sai'id al-Khudri berkata:

"Seorang wanita berjumpa Rasulullah saw dan berkata "Wahai Rasulullah, orang2 lelaki beruntung kerana selalu mendapat tazkirah darimu. Kami minta satu hari untuk kamu khususkan kepada kami bagi menyampaikan ilmu yang telah engkau ajarkan." Lalu Nabi saw menjawab:

اجتمعن يوم كذا وكذا
"Berhimpun pada hari sekian-sekian."

Kami pun berhimpun pada hari yang telah ditetapkan Nabi dan Nabi saw mengajar mereka apa yang telah ajarkan pada Nabi saw." (Hr Bukhari dan Muslim - sahih)

Dalam athar ada menyebut:

نعمت النساء نساء الأنصار لم يمنعهن الحياء من السوءال عن دينهن

"Sebaik-baik wanita adalah wanita ansar, sifat malu yang ada pada mereka tidak menghalang mereka bertanya dan mencari ilmu agama."

Pengajaran: Oleh itu ditempat yang diperlukan , wanita hendaklah berani e hadapan. Kita lihat zaman Nabi dan para sahabat bagaimana berani Nusaibah ra berjihad menentang musuh, Rafidah al-Aslami merawat orang lelaki yang cedera dalam peperangan, Asma' bintu Abu bakar yang menghantar makanan pada Nabi dan ayahnya dalam peristiwa hijrah, Khaulah yang menegur Khalifah umar di khalayak ramai dan lain-lain. Jangan menggunakan alasan malu untuk menjauhkan dari kerja-kerja menegakkan Islam. Kerja-kerja ini adalah melibatkan lelaki dan perempuan seperti yang dinyatakan dalam ayat 71 surah at-Taubah.

Rujukan: Safwatut Tafasir oleh Sobuni, Makarimul Akhlak Fil Islam dan Riadus salihin oleh Imam Nawawi.

Thursday, May 6, 2010

Pasukan Bolasepak Paling Mahal

1 ) Manchester United

Manchester United merupakan kelab terkaya di dunia, hasil pemasaran bijak bagi pangkalan penggemar di seluruh dunia. The Red Devils telah memenangi 18 gelaran kumpulan Inggeris 10 sejak awal Liga Perdana pada tahun 1993, tetapi dominasi lanjutan dari bola sepak Inggeris tidak terikat Glazers, Keluarga jutawan AS yang membeli kelab itu pada tahun 2005, untuk beberapa fans bersungguh-sungguh yang sekarang ingin membeli dari mereka.
Team Value $1,835 Million


2 ) Real Madrid
Pasukan yang paling berjaya di Spanyol dengan catatan sembilan kali Piala Champions Eropah, boleh dikira Europe's dan mungkin kelab dunia bola sepak paling bertingkat. Long berjaya di lapangan, sumber kewangan yang besar dan sejarah memperoleh superstar Real Madrid membuat tarikan bagi para pemain dan penggemar sama.
Team Value $1,323 Million


3 ) Arsenal 
Pada awalnya pasukan ini dari tenggara London sebelum berpindah ke utara London, tempoh kelab paling berjaya di tahun 1930-an, ketika memenangi lima gelaran kumpulan Inggeris dan dua piala. Sekarang di bawah bimbingan Perancis Arsene Wenger, Arsenal selesai dalam dua atas kumpulan Inggeris selama lapan musim luruh namun belum membawa pulang piala ke stadium Emirates yang baru.
Team Value $1,181 Million


4 ) Barcelona

Barca selalu bertemu dengan Real Madrid menjadi pasukan negara yang teratas. Ia telah memenangi piala Sepanyol lebih banyak daripada pasukan lain dan juga satu-satunya kelab yang bermain dalam setiap Piala Eropah sejak bermula pada tahun 1955. Hal ini sering diperjuangkan di Sepanyol, memenangi gelaran itu hanya 19 kali, walaupun sembilan dari mereka sejak tahun 1990. Disamping itu,ia merupakan salah satu kumpulan yang paling mengejutkan di Eropah.
Team Value $1,000 Million


5 ) Bayern Munich
 
Zaman keemasan Bayern Munich di akhir 1960-an hingga pertengahan, 1970-an ketika pasukan yang dipimpin oleh Franz Beckenbauer bersama-sama dengan striker Gerd Müller dan kiper Sepp Maier, memenangi tiga Piala Eropah berturut-turut dari tahun 1974 hingga 1976. Pasukan  ini tetap menjadi kekuatan abadi di Eropah. Kelab juga mempunyai salah satu stadium paling dramatik Eropah.
Team Value $990 Million



6 ) Liverpool
Liverpool mendominasi bola sepak Inggeris dan Eropah dari tahun 1960-an hingga 1980-an di bawah pengurus legenda Bill Shankley dan penerusnya. Namun, kelab ini dirosakkan oleh bencana di stadium Heysel dan Hillsborough tahun 1985, dan 1989 yang menelan korban 39 dan 96 penonton.Champions Eropah tak terduga di 2004-05 masyarakat Anfield bersorak. Kurang begitu juga kedatangan pemilik Amerika yang baru untuk membiayai sebuah stadium baru dan pasukan untuk menjaga pencapaian di Liga Utama dengan Chelsea, Manchester United dan Arsenal.
Team Value $822 Million



7 ) AC Milan
Pada awalnya diasaskan oleh ekspatriat Inggeris Alfred Edwards sebagai Milan Cricket dan Football Club, AC Milan telah memiliki persaingan sengit dengan Internazionale menumbangkan mereka sejak tahun 1908. Rossoneri muncul sebagai kuasa Eropah di akhir 1980-an dengan penandatanganan bintang Belanda Marco Van Basten dan Ruud Gullit dan salah satu pasukan utama Eropah.
Team Value $800 Million


Carta Top ranking 10 Jutawan Muda Internet Dunia

Senarai 10 Jutawan muda internet Dunia
Carta di tangga ke:
(10) Greg Tseng and Johann Schleier-Smith
tagged greg johann
Umur: 28 tahun
Projek: Tagged
Kekayaan: $45 million (7 Million modal disumbangkan oleh pelbagai pelabur antaranya Mayfield Fund)
Mereka berkawan sejak Grade 7, ketika mereka bertemu dalam kelas sains. Tseng dan Schleier-Smith pergi ke sekolah yang sama dan keduanya mengambil jurusan fizik dan matematik di Harvard University (Tseng lebih menjerumus kepada kimia). Sebelum ini mereka telah menubuhkan sebuah syarikat ketika di universiti (Crushlink, laman sosial untuk lelaki single yang pemalu) daripada keuntungan syarikat tersebut, mereka melahirkan Tagged. Web rangkaian sosial yang terbatas keahliannya kepada remaja antara 13 dan 19 adalah satu suatu usaha untuk mensasarkan pasaran kepada remaja sementara ibubapa tidak perlu risau akan keselamatan ketika online. Web ini secara rasminya dilancarkan pada tahun 2004. Tagged mempunyai pengguna berdaftar kira-kira 2 juta orang . Namun, angka  ini jauh ketinggalan dari MySpace yang telah mencapai puluhan juta pengguna.
Nasihat mereka:
“Pilih sesuatu yang anda sukai dan baik-baik saja dengan ketidakpastian anda,”kata Tseng.
“Cari mentor yang baik. Apabila anda memulakan, anda mempunyai lebih banyak untuk belajar daripada orang lain daripada mereka harus belajar daripada anda apa yang anda telah mulakan.”, kata Schleier-Smith.
—————————————————————————————————————————————————
(9)Jake Nickell
jacknikkel1threadlessinincjacknikkel1
Umur : 28 years old
Projek : Threadless
Kekayaan : $50 million
Threadless adalah sebuah komuniti online yang menumpukan kepada design t-shirt yang di kelolakan  oleh skinnyCorp Chicago, Illinois, sejak 2000. Pengasasnya, Jake Nickell dan Yaakub DeHart memulakan syarikat dengan wang tunai hanya $ 1 000 yang dimenanginya dalam online contest design t-shirt
Ahli komuniti Threadless t-shirt boleh menghantar design mereka secara online dan  design tersebut kemudian dimasukkan ke public voice untuk di undi. Sebahagian kecil design yang dihantar akan dipilih untuk mencetak dan dijual melalui beberapa kedai online. Pereka design yang design mereka terpilih akan menerima wang tunai atau kredit point.
—————————————————————————————————————————————————
(8)Alexander Levin
alexanderlevinUmur : 23 years old
Projek : ImageShack
Kekayaan : $56 million
ImageShack adalah sebuah laman web hosting gambar di Internet. ImageShack mempunyai perkhidmatan melanggan, namun sebahagian besar pendapatan mereka dihasilkan daripada iklan yang berkaitan dengan hosting gambar percuma. Kedudukan Alexa yang imageshack.us pada September 25, 2007 adalah salah satu dari top 40’s. Menurut Nielsen NetRatings, ImageShack menduduki tangga ke 4 web brand yang mengalami pertumbuhan tercepat.
—————————————————————————————————————————————————
(7)John Vechey
John Vechey PopCapgdca61large1
Umur: 28 years old
Projek: PopCap Games
Kekayaan: $60 million
PopCap Games adalah pemaju dan penerbit game kasual Amerika yang terkemuka yang berpusat di Seattle, Washington, Amerika Syarikat. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2000 oleh John Vechey, Brian Fiete dan Jason Kapalka, dan ketika ini mempunyai lebih daripada 180 orang staff. Sebahagian besar permainan PopCap bebas dimainkan tetapi dalam versi terhad, pemain dikenakan yuran bayaran jika ingin meneruskan permainan ke versi lengkap.
Jenama PopCap Bejeweled’s telah terjual lebih dari 25 juta unit pada hampir semua platform seperti web PC dan Mac, Xbox, Xbox 360, PlayStation 3, sel-ponsel, PDA, iPod Classic, iPhone / Touch dan peringkat mobile phone yang lain.
—————————————————————————————————————————————————
(6)Angelo Sotira
angelo
Umur : 26 years old
Projek : DeviantART
Kekayaan : $75 million
DeviantArt (deviantART atau dA) adalah sebuah komuniti online Amerika dengan daya tarikan di seluruh dunia yang memaparkan pelbagai bentuk karya seni yang dicipta oleh pengguna. Pertama kali dilancarkan pada 7 Ogos 2000 oleh Scott Jarkoff, Matthew Stephens, Angelo Sotira dan lain-lain. DeviantArt, Inc berpusat di Los Angeles, California, Amerika Syarikat. Sejak Mei 2009, dA mempunyai lebih daripada 10 juta ahli dan menerima sekitar 105, 000 design setiap hari.Deviantart.com menarik sekurangnya 36 juta pengunjung setahun pada tahun 2008 berdasarkan kajian yang di buat oleh Compete.com.
DeviantArt bertujuan untuk menyediakan tempat bagi setiap artis untuk mempamerkan dan membincangkan karya mereka. Bekerja ditetapkan dalam struktur kategori yang komprehensif, termasuk fotografi, digital art, seni tradisional, sastera, Flash, pembuatan wayang, kulit untuk aplikasi dan lain-lain, bersama dengan sumber-sumber download yang luas seperti tutorial dan saham fotografi. “Fella,” sebuah robot kucing kecil, adalah maskot rasmi DeviantArt .
—————————————————————————————————————————————————
(5)Andrew Michael
andrew michaelUmur : 29 years old
Projek : Fast Hosts
Kekayaan : $110 million
Andrew Michael, 29, memulakan syarikat teknologi web internet Fasthosts daripada biliknya ketika berumur 17. Andrew Michael dari Cheltenham, yang memiliki 75% saham dalam syarikat, telah menjual pegangan sahamnya di dalam Fasthosts dengan harga £ 61.5m.
Salah satu perkhidmatan yang disediakan FastHost ialah Gloucester , yang menyediakan email dan perkhidmatan lain untuk syarikat kecil, sedang dikelolakan oleh syarikat Jerman dan Amerika. Dengan penjualan Fasthosts, Mr Michael kekayaan telah melonjak sampai £ 47m.
—————————————————————————————————————————————————
(4) Blake Ross and David Hyatt
Blake Ross and David HyattUmur : 22 years old
Projek : Mozilla
Kekayaan : $120 million
Mozilla Firefox adalah browser percuma dan open source  yang boleh di muat turun dari Mozilla Application Suite dan diuruskan oleh Mozilla Corporation. Firefox memonopoli 22.98% daripada peratusan penggunaan web browser yang digunakan pengguna internet pada Ogos 2009 dan  web browser kedua  yang paling popular ketika ini di seluruh dunia selepas Microsoft’s Internet Explorer, yang mempunyai 66.97%.
Kini Mozilla Firefox sedang meraikan ulangtahun ke 5 nya. Anda boleh lawati http://www.spreadfirefox.com/5years/en-US/ untuk maklumat lanjut mengenai ulang tahun ini.
—————————————————————————————————————————————————
(3)Chad Hurley
chad hurleyUmur : 30 years old
Projek : YouTube
kekayaan : $300 million
Chad Meredith Hurley (dilahirkan 1976) adalah co-founder dan Chief Executive Officer YouTube. Pada Oktober 2006, dia menjual YouTube for $ 1.65 bilion kepada Google. Hurley bekerja di division PayPal eBay dan salah satu tugas yang beliau terlibat adalah merancang logo PayPal sebelum memulakan projek YouTube dengan rakan sekerjanya, Steve Chen dan Jawed Karim. Hurley adalah antara orang penting yang  bertanggungjawab dalam penandaan dan aspek dalam video YouTube
—————————————————————————————————————————————————
(2) Andrew Gower
andrewgowerjagexrunescaUmur : 28 years old
Projek : Runescape
Kekayaan : $650 million
Christopher Andrew Gower (lahir 2 Disember 1978) adalah seorang pengembang permainan Inggeris dan salah seorang pengasas Jagex Ltd, syarikat yang diasaskannya bersama Paul Gower dan Constant Tedder. Beliau membina MMORPG Runescape, dengan bantuan abangnya, Paul Gower dan juga merupakan pemimpin pemaju dalam syarikat ini.
Jagex Games Studio (atau Jagex Ltd / Jagex Software / JAGeX) adalah sebuah pengeluar permainan komputer online berpangkalan di Cambridge, Inggeris. Ini adalah terkenal dalam tiga versi daripada Runescape MMO, dan juga kerana telah menghasilkan laman permainan FunOrb dan mengembangkan ‘yang akan dirilis’ MechScape MMO. Jagex mempunyai lebih daripada 350 pekerja, dengan semua pembangunan kandungan, pengurusan, dan sokongan pelanggan diberikan terus dari rumah tempat mereka bekerja.
—————————————————————————————————————————————————
(1)Mark Zuckerberg
070225nextbigdealvmedwifacebook co-founderfacebook
Umur : 23 years old
Projek : Facebook
Kekayaan : $700 million
Mark Elliot Zuckerberg (lahir 14 Mei 1984) adalah seorang pengaturcara komputer dan usahawan. Sebagai seorang mahasiswa Harvard, ia mencipta website sosial network Facebook bersama rakan sekolejnya, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Facebook adalah suatu laman rangkaian sosial popular di seluruh dunia. Zuckerberg Facebook menjawat jawatan sebagai CEO. Di awal kemunculannya kontroversi telah timbul dimana orang mempersoalkan asal-usul perniagaan dan kekayaannya.
Time Magazine menambah Zuckerberg sebagai salah satu dari The World’s Most Influence People 2008 di bawah kategori Saintis & Pemikir dalam fenomena webdengan kedudukan 52 daripada 101 orang.

Sumber : BUZZNAJMI

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More