Wednesday, December 9, 2009

Lirik Aku Hanya Nak Ke Seberang - Halim Yazid





Salam...

Hari ni saya tak post panjang-panjang,cuma pasal lirik lagu dikir barat aku hanya nak keseberang dari Halim Yazid.Apakah makna lirik ni...




"Aku pahat kayu cengal
harap-harap jadi perahu
dayung hebat pengayuh sebenar
teras kuat teras temesu


layar bertingkat supo kapas gulung
tiangnya tegak dari batang nibung
panji kain suluk atma
tenunan kekasih wajah di kamar


esok perahu nak turun ke air
harung nak lalu samudera bertabir
tinggal pantai awal terakhir
lawan badai ribut dan petir


ombak jangan gila melanda
harap tenang laut kuala
dayung jangan patah tak kuasa
layar tiang jangan binasa


bgatung jiwa seluruh harapan
nekad rasa arah tujuan
serah segala padamu tuhan
aku hanya nak ke seberang.."

Anda boleh mendengar atau hayatinya dalam video ini:-
 



Atau anda boleh download disini :-

Aku Hanya Nak Keseberang 

Apakah makna nak keseberang tu?adakah betul-betul seberang laut atau seberang perai atau seberang dunia ni..yakni akhirat..anda lebih mengerti dari penilitian anda.....

2 comments:

ini adalah diciplak dari puisi Dato Prof Dr Hashim Yaacob
sampai hati halim yazid buat begini kepada sama sama kelantan?

Jange gaduh tuduh ciplak...abe halim tu pegawai kebidayaan um dan prof tu boh dio boh.....

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More