Tuesday, December 1, 2009

Nikah Usia Muda




Jika ada IPT yang hendak diberikan penghormatan mengenai usaha menggalakkan perkahwinan para penuntutnya, markah yang penuh wajar diberikan kepada UIAM. Semenjak dahulu lagi UIAM menggalakkan siswa dan siswi bernikah dengan memberikan saguhati kepada mereka. Mungkin jumlah yang diberikan itu tidak lah dapat menampung sepenuhnya mahar yang tinggi di Malaysia, namun ianya akan dapat menampung serba sedikit bebanan itu. Diharapkan agar saguhati yang diberikan itu dapat digandakan di masa-masa hadapan demi mengurangkan gejala maksiat di kalangan siswa dan siswi yang kini tidak mengenal sempadan. IPT-IPT lain juga wajar mencontohi UIAM di dalam hal ini.






Duit tak ada, tapi hati mahu kahwin! 


Firman Allah SWT;
“..Dan kahwinkanlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui..” (An-Nur:32)


Sabda Rasulullah SAW:
"Wahai orang-orang muda, sesiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu, hendaklah mereka berkahwin. Sesungguhnya ia lebih menjaga pandangan. Barangsiapa yang tidak mampu, hendaklah mereka berpuasa, sesungguhnya ia adalah perisai" (H.R. al-Bukhari)

 

            Antara keluhan yang sering diluahkan oleh para siswa-siswi di IPT ialah tidak mempunyai kemampuan untuk berkahwin. Tuntutan naluri muda mereka menyeru mereka untuk berkahwin. Persekitaran yang diwarnai oleh kefasadan dan maksiat juga menuntut mereka untuk menghalalkan perhubungan berlainan jenis yang merupakan sifat tabi'i manusia. 


             Kajian-kajian oleh sesetengah pihak dan juga laporan-laporan media membuktikannya. Samada hasil kajian yang pernah didedahkan oleh akhbar kosmo pada awal tahun 2006, mahupun apa yang telah dilaporkan oleh NST pada 18 Ogos 2006. Kesemuanya membuktikan kemelut yang sedang dihadapi oleh para siswa dan siswi di IPT-IPT. Sayang sekali, kemampuan material mereka tidak membenarkan pernikahan dilangsungkan di alam pengajian. Ibubapa moden yang berfikiran materialistik dan kolot juga menjadi penghalang utama. Bagi para ibubapa, anak-anak mestilah menghabiskan pengajian, mestilah mempunyai kerja yang tetap dan kukuh, membeli kereta, barulah anak-anak tersebut boleh berkahwin. 


              Akhirnya, anak-anak di IPT bergelumang dengan dosa berpacaran dan berkhalwat yang dilarang oleh Allah SWT.
 
             Adakah kemampuan untuk bernikah terletak pada kerjaya, segulung ijazah, kereta, ataupun gaji yang lumayan?
 
             Menurut jumhur ulama, kemampuan yang dimaksudkan oleh hadis di atas adalah kemampuan untuk membayar mahar (mas kahwin dan bukan hantaran). Mahar boleh di dalam pelbagai rupa. Ada sahabat yang memberikan mahar hanya dengan sebentuk cincin besi sahaja. Malah ada yang memberikan mahar di dalam bentuk surah al-Quran yang mereka hafal. Apa yang menjadi persoalan utamanya, institusi kekeluargaan itu mesti dipopularkan. 


            Usaha untuk memudahkan pembentukan sebuah institusi kekeluargaan itu adalah satu kewajipan di dalam mana-mana komuniti. Perhubungan secara halal akan dapat mengelakkan banyak masalah sosial yang dihadapi masyarakat. Sayang sekali jika usaha pembentukan mahligai yang suci ini sentiasa dihalangi oleh batas-batas material yang kita sendiri ciptakan.
 
            Ibn al-Qayyim pula mempunyai pentafsiran yang lebih ekstrim berhubung "kemampuan" yang disebutkan oleh hadis tersebut. Bagi beliau, kemampuan yang dimaksudkan ialah "kemampuan fizikal". 


            Oleh yang demikian, barangsiapa yang tidak mempunyai kemampuan "fizikal" untuk menjalankan tanggung jawab sebagai suami, hendaklah mereka berpuasa untuk menjana kekuatan "dalaman". Walau bagaimanapun, ini bukanlah pendapat yang popular. Pendapat jumhur ulama mengenai kemampuan yang ditafsirkan sebagai kemampuan untuk membayar mahar merupakan pendapat yang kuat.


Penentuan mahar
              Antara persoalan yang mungkin timbul lewat perbincangan mengenai mahar ialah, milik siapakah "penentuan mahar" tersebut. Adakah ianya milik si dara, ataupun bapanya. Di dalam pengamalan masyarakat Melayu dari dahulu lagi, si bapalah yang menentukan kadar mahar si gadis. 


             Jika mereka letakkan terlalu murah, nanti ada yang megatakan, anak gadisnya terlalu murah. Jika mereka letakkan terlalu mahal, nanti ada pula yang mengatakan, mereka menjual anak. Maka adat dan harga pasaran tempatanlah yang menjadi ukuran. Apa yang penting, mahar adalah hak mutlak si bapa untuk menentukannya.


             Lazimnya di Malaysia, orang utara terkenal dengan mahalnya mahar, orang Pantai Timur terkenal dengan mahar yang rendah, manakala orang di tengah dan selatan mengukurnya mengikut keadaan keluarga dan juga kebiasaan saudara mara. Adakah ini bertepatan dengan Islam?
 
            Di dalam Islam, si gadislah yang mempunyai kuasa mutlak ke atas maharnya. Si gadis mempunyai kuasa penuh untuk menentukan jumlah mahar yang beliau kehendaki. Walaupun al-Quran dan al-Sunnah tidak menghadkan harga siling untuk mahar, namun Rasululah SAW menasihatkan anak-anak gadis agar tidak meletakkan mahar yang terlampau tinggi. Gadis-gadis yang menuntut mahar yang rendah dipuji oleh Rasulullah SAW. 


            Perkara seumpama ini tidak berlaku di Malaysia kita, malah ianya juga tidak berlaku di kebanyakan negara-negara Islam. Uruf atau adat yang banyak memainkan peranan. Si bapa yang mempunyai kuasa dominan sering berperanan untuk menentukan jumlah mahar anak-anak gadis mereka. Kebiasaannya, ianya diukur menurut jumlah kos perbelanjaan perkahwinan yang terpaksa mereka tanggung.
 
             Isu yang cuba diketengahkan di sini ialah, adakah perletakan mahar yang tinggi sesuai untuk warga IPT?, ataupun kita terus akur dengan adat lantas menghalang anak-anak di IPT daripada berkahwin,sedang kan Rasullallah SAW menyarankan supaya perkahwinan di awal kan seperti sabda baginda ;


Dari Ali r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda kepadanya; “..3 perkara jangan engkau tangguhkan, solat apabila tiba waktunya, mayat apabila telah sampai, bujang apabila ditemukan sekufunya..” (HR Tirmizi).


 dan sabdanya lagi;


Dari Saidina Umar bin al Khattab r.a. sesungguhnya telah berkata; “Kahwinkanlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka” Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam an Nisa.


            ini menunjukan perkahwinan perlu dipercepatkan apabila sampai masanya,sampai masanya disini bukan sesuatu yang tetap contohnya umur 25 tepat baru boleh fikir pasal kawin,kan penat kalau selalu berfikir macam tu.Bagai mana pula dengan insan yang telah sampai serunya(bukan mati) tapi terpaksa membisu walaupun dia sendiri tidak mampu untuk melupakannya dek kerana adat sekitar dan juga kongkongan meterial terutamanya mahar dan juga jaminan makan minum. 


             Perkara atau masalah sebegini memerlukan beberapa cara penyelesaiannya,bukan setakat hanya merenung,dan disini beberapa cadangan ingin di kemukakan.







 1) Peranan Jabatan-jabatan agama dan pusat-pusat zakat


             peranan jabatan agama ini sangat penting kerana ia adalah tempat rujuk masyarakat tentang agama,berkaitan dengan perkahwinan ini,jabatan agama mestilah memberi sokongan,galakan serta memudahkan pasangan muda yang ingin berkahwin,kerana ini adalah satu teknik pencegahan agar berkurangnya gejala zina dan anak luar nikah,jangan lah dipandang rendah terhadap pemuda atau pemudi yang ingin membina masjid di usia muda.Perkara sebeginilah yang sepatutnya di tekan sangat berbanding kesungguhan oprasi tangkap khalwat kerana mencegah lebih baik dari mengubati.Kita kutip kembali sejarah ketika zaman Khalifah Umar Abdul Aziz yang memudah kan azam pemuda yang ingin membina masjid.


2) Simpanan khas


              Bagi seorang pelajar atau sesiapa pn yang ingin membina perniagaan atau apa-apa rancangan masa hadapan mestilah mempunyai simpanan khas.Sepattnya mereka boleh merancang simpanan ini selepas tamatnya SPM mereka atau dari sebelumnya.Tidak salah untuk merancang dari awal dan ia adalah terlebih baik berbanding hanya menunggu nasib.Setiap duit dari durian rintuh yang mereka dapat untuk memasuki IPTA atau IPTS mestilah disimpan begitu jugalah dengan duit ptptn atau biasiswa mereka...duit biasiswa atau ptptn pun xcukup makan?nanti kita akan bincang selanjutnya.Apabila seseorang siswa atau pun siswi membuat simpanan khas ini,mereka akan dilihat lebih matang dalam membina dan merancang masa hadapan mereka dan ini lantas memberi keyakinan dan kepercayaan daripada ibu bapa mereka untuk melepaskan mereka lebih awal.


3) Peranan IPT


            Jika ada IPT yang hendak diberikan penghormatan mengenai usaha menggalakkan perkahwinan para penuntutnya, markah yang penuh wajar diberikan kepada UIAM. Semenjak dahulu lagi UIAM menggalakkan siswa dan siswi bernikah dengan memberikan saguhati kepada mereka. Mungkin jumlah yang diberikan itu tidak lah dapat menampung sepenuhnya mahar yang tinggi di Malaysia, namun ianya akan dapat menampung serba sedikit bebanan itu. Diharapkan agar saguhati yang diberikan itu dapat digandakan di masa-masa hadapan demi mengurangkan gejala maksiat di kalangan siswa dan siswi yang kini tidak mengenal sempadan. IPT-IPT lain juga wajar mencontohi UIAM di dalam hal ini.Pihak IPT juga boleh menyediakan satu asrama atau rumah sewa kos rendah selain dari asrama siswa dan siswi untuk mereka yang sudah berumah tangga,dengan cara ini dapat mengurangkan kebimbangan mereka tentang tempat tinggal.Dan bonus juga boleh diberikan kepada mana-mana pasangan yang mendapat pointer yang cemerlang,bagi mereka yang mendapat biasiswa,tidak haruslah bagi pihak biasiswa memotong biasiswa mereka malahan perlu ditambah.


4) Pendapatan sampingan


              Sebagai mahasiswa juga mesti bijak dalam menjana dan mencari lubang keewangan yang halal bagi menampung kehidupan mereka,bukan hanya menuding jari dan berharap kepeda orang dan institusi lain dalam meneruskan hidup berumah tangga.Di pasaran kini, buku-buku mengenai mencari duit tambahan akan laku seperti goreng pisang panas. Buku-buku karangan Robert Kiyosaki, Azizi Ali, dan lain-lain tokoh dalam dan luar negara menjadi "best seller".Disamping itu banyak lagi peluang pendapatan yang boleh dicipta,seperti melalui internet dan sebagainya,jangan apabila disebut pendapatan sampingan lantas terlintas di benak fikiran adalah bekerja di pasaraya dan stasen minyak,tidak salah untuk memilih kerja yang sebegitu tetapi sebagai seorang yang terpelajar mestilah pandai mencipta peluang.







Kesimpulanya....


            Saya ingin menutup warkah ini dengan dua hadis Nabi yang mungkin boleh kita renungkan bersama.


Dari Ali r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda kepadanya; “..3 perkara jangan engkau tangguhkan, solat apabila tiba waktunya, mayat apabila telah sampai, bujang apabila ditemukan sekufunya..” (HR Tirmizi).




dan sabdanya lagi;


Dari Saidina Umar bin al Khattab r.a. sesungguhnya telah berkata; “Kahwinkanlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka” Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam an Nisa.

Mungkin anda mempunyai pendapat tersendiri :)

10 comments:

wah mabruk entry ko kali ni ye...hehe
Tapi ak nk bg ko nasihat ckit melalui hadis nabi yg bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".
Jadi,aku doakan ko peroleh wanita yg solehah...aminn...!jgn lupe jemput ek...hehe

Thanks atas nasihat ko..ko pn sama la jangan lupa jmput aku,aku harap UM pn wat cam UIA jgak..hehe

nie yang terasa nak kawen cepat nie.. mak, kawenkan aku.. =)

psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

to --> http://putraalmaliki.via.my

kena kahwin awal2 tu..hehe,insyallah..

dham...ko la yg kne srnkan kt PM Muhiden,...ko kn MPP ekonomi dham...hehe chaiyok2...ngeee~

menarik entry ni..emm kene rancang keluarga la biar jgn beranak masa belajar..nti ssh plak..huhu

--> Haulid Al-Hararr:banyaknya kena rancang..kalau ada anak masa belajar lagi makin bertanggungjawab la..:)

--> BinTuN AbDuLRaHmaN: ni ade la kaitan sikit2 ngan ekonomi..tapi xsilap aku ni keje kebajikan :)

Salam..entry yang bagus tu..

tapi pesanan buat sahabat2 yg dikasihi fillah..
keinginan,rasa,kemahuan semua ader tapi macam mana dengan kemampuan diri...kita nak bina masjid mmg senang dilafaz tapi utk bina baitmuslim bkn satu yg mudah...setakad mana persediaan diri kita sekarang??

tanya diri tu...solat dah cukup?dah tunaikan awal waktu ke?ibadah sunat macam mana??puasa sunat..qiam...dhuha...tanggungjwb pd makayah dah tertunai ke?? n bla3 banyak lagi kurang tu...

ana bukan nak menentang tp bw kita semua berfikir..ubah diri tu...

baca la buku "tarbiyatul awlad" utk membina baitmuslim sejati terutama diri sendiri..jom pakat2 cari..

--> UmmuZahra : ana bersetuju dengan pendapat enti..post ni kerana memandangkan kebebasan kebersamaan yang teruk pada waktu sekarang ni..seperti yang enti cakap tu ana setuju kerana manusia ni lbih suka memikirkan haknya @ menuntut haknya berbanding memberi hak kepada orang lain..kita lebih suka mengenangkan kesedihan kita berbanding kesedihan rasul agong dalam berdakwah..

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More