Sunday, December 6, 2009

Nik Aziz Gila Jawatan?


"Saya tidak akan meletak jawatan desakan daripada budak-budak nakal yang berhimpun di bawah pohon jati depan SUK,kalau lah saya akur dengan desakan mereka sudah lama saya meletak jawatan ketika zaman Tan Sri Anwar Musa menjadi ketua pembangkang dulu"

Berikut adalah lebih kurang kata-kata beliau ketika kira-kira 200 orang atau seperti yang dilaporkan oleh arus perdana iaitu 1000 yang mendesak beliau meletak jawatan.Apakah beliau gila kuasa kerana telah memegang Kelantan selama 19 tahun?sedangkan dalam hadis Rasullallah telah berpesa yakni



Maksudnya :

“Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)” [1]


Dalam hadis ini Nabi melarang keras kita dari meminta jawatan sebagai pemimpin namun bagaimana pula soalnya dengan Kisah Nabi Yusuf yang meminta jawatan? Sebenarnya Nabi Yusuf meminta jawatan dalam keadaan dia layak sedangkan Samurah yang diceritakan dalam hadis ini tidak layak.



Sekiranya Kita Layak Hukum Minta Jawatan Ada 3 Hukum

Wajib - jika kita tidak minta jawatan itu, menyebabkan berlakunya pengkhianatan, maka minta jawatan adalah wajib

Sunat - jika kita minta jawatan dalam keadaan orang lain pun layak juga, cumanya kita lebih layak dari yang lainnya maka hukum minta jawatan adalah sunat.

Harus - jika kita minta jawatan dalam keadaan kita dan orang lain sama dari sudut kelayakan maka minta jawatan itu adalah harus.

Hukum Mereka Yang Berkelayakan Menolak Untuk Memegang Jawatan


Jika sekiranya ada orang lebih layak dan kita tolak jawatan tersebut maka itu adalah yang terbaik namun sekiranya semua tidak layak, hanya kita sahaja yang layak, lalu jika kita tolak juga maka hukum tolak itu menjadi haram. Kesimpulannya sebelum kita tolak sesuatu jawatan pastikan ada orang yang lebih layak dari kita atau setidak-tidaknya sama layak.


Berikut adalah sedikit huraian tentang suatu hadis yang menerangkan tentang minta jawatan,dan begitulah halnya dengan mempertahankan jawatan.Semua orang tahu bahawasanya beliau adalah seorang ulama dan umara,manakan mungkin beliau tidak menjumpai hadis ini.






Begitulah beliau,dulu pernah kita dikejutkan dengan suatu kenyataan daripada beliau yang mana beliau rela dan sanggup mengundur diri andainya ada seseorang yang lebih baik daripadanya untuk menggantikan jawatannya,dan sebagai mana pandangan Dr Aziz Bari pakar undang-undang UIAM menyatakan bahawa Tuan Guru Nik Aziz dilihat tidaklah kemaruk sangat untuk menjadi PM sebagai mana Datuk Sri Anwar  Ibrahim.



Dari situ dapatlah kita simpulkan sendiri bahawasanya apa yang dipertahankannya bukanlah jawatan semata-mata,tetapi mandat yang diberikan dan amanah yang berbentuk jawatan yang dipelihara dan dipertahankanya.seumpama
 Sultan Abdul Hamid II yang diminta untuk melepaskan jawatan tetapi beliau tetap mempertahankan walaupun akhirnya beliau tersungkur juga akhirnya.

Dan kita tidaklah harus mudah dan senang menjatuhkan hukum terhadap apa yang berlaku.Seelok dan sebaiknya kita teliti dan kaji dulu apa yang berlaku dari pelbagai sudut,dari segi politiknya beliau lebih arif dan mengerti kerana beliau sudah lama menceburi bidang ini,kita hanya dapat menilai kulit tetapi isi jantung hati beliau lebih fasih..

Wallahua'lam....






0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More