Tokoh Muslimah Sepanjang Zaman

Dari: "Tokoh-tokoh Wanita di Sekitar Rasulullah SAW" karangan Muhammad Ibrahim Saliim. Diketik oleh: Hanies Ambarsari..

Negara yang Memiliki Populasi Muslim Paling Banyak di Dunia

Tahukah Anda, negara yang memiliki populasi muslim paling banyak di dunia?? saya cuba cari data nya dan alhamdulillah menemukan data yang terpercaya, berikut ini saya cuba informasikan 10 negara dengan populasi muslim terbanyak di dunia lengkap dengan jumlah populasi nya.

Gambar Muslimah Di Facebook

Dulu2 saya ada ditanya oleh bekas pelajar sy ada bertanya tentang muslimah yang menayangkan pelbagai gambar didalam blog freindster dan facebook..

Pasukan Bolasepak Paling Mahal

Manchester United merupakan kelab terkaya di dunia, hasil pemasaran bijak bagi pangkalan penggemar di seluruh dunia..

Siapa Pengasas Makanan Terkenal Dunia

Friday, November 22, 2013

Sekilas Kisah Hidayah


بس الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Hanya seketika sahaja penulis ingin berkongsikan suatu kisah berkenaan kisah seorang wali Allah yang tidak asing lagi bagi kita iaitn kisah Rabiatul Adawiah. Kisah ini penulis telah mendengarinya di sebuah masjid di USJ8 pada awal Muharam 1435 hijrah beberapa hari lepas.

Apa yang penulis ingin kongsikan dalam cerita ini adalah pedoman yang boleh dikutip didalam kisah ini. Seandainya kisah ini palsu kita tidak akan kerugian apa-apa pun kerana kita hanya ingin mencedok pedoman darinya dan sekiranya palsu pun ia tidak akan membawa dosa pun kerana kerana ianya bukan lah hadis ataupun kisah dari Al-Quran. Dan Sekiranya kisah ini benar kita panjatkan syukur pada yang Esa.

Kisah bermuIa ketika mana Rabiatul Adawiah tengah khusyuk melakukan ibadah solat malam secara tiba-tiba rumahnya dimasuki seorang pencuri lalu sipencuri itu meminta barang yang berharga dari Rabiatul Adawiah. Walaupun telah diberitahu oleh Rabiatul Adawiah kepada pencuri itu bahawasanya beIiau tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan kepada pencuri itu, namun pencuri itu tetap mendesak.

Oleh yang demikian Rabiatul Adawiah berjanji untuk memberikan barangan berharga tetapi bersyarat. Syaratnya hanya lah pencuri itu perlu menunaikan dua rakaat solat sunat. Demi tidak pulang dengan tangan kosong pencuri itu sanggup untuk melaksanakan syarat tersebut.

Lalu setelah selesai berwudhu sipencuri itu terus menunaikan solat dua rakaat seorangan. Dalam pada masa yang sama Rabiatul Adawiah Menadah tangan dan berdoa kepada Allah.


            " Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya pemuda ini ingin mencari sesuatu yang berharga

               untuk dirinya,Ya Tuhanku bantu lah ia untuk mendapatkan sesuatu yang berharga

               untuk dirinya "


Selesai sahaja sipencuri itu selesai menunaikan solat dna rakaat maka sipencuri itu ingin keluar dengan bersahaja dan tangan kosong. Maka disoal Iah sipencuri akan Rabiatul Adawiah.


             " wahai orang muda kemana engkau ingin pergi? Sedangkan aku belum memberimu

               apa-apa yang berharga untukmu "


Lalu dijawab oleh sipencuri itu.


            " wahai orang tua, sememangnya aku mencari sesuatu yang berharga didalam rumah

              mu ini dan aku telahpun menemuinya didalam solat itu tadi iaitu sebuah hidayah

              yang berbentuk penginsafan"


LaIu sipemuda itu berlalu keluar dengan tangan kosong bersama penginsafan didada.


Begitulah kisah penginsafan seorang pencuri apabila mendapat hidayah dari yang Maha Mengampun.


Disini kita boleh melihat bahawa

1. Hidayah Allah itu hanya milik Allah dan bukan urusan manusia untuk menentukan siapa yang patut mendapat hidayah

2. Teruslah memohon kepada Yang Maha Memberi agar diberi petunjuk walau bagaimana keadaan kita ketika itu sekalipun

3. Janganlah terlalu mengkeji orang yang melakukan maksiat tanpa menghulurkan bantuan membimbingnya kepangkal jalan

4. Berdoalah bukan hanya untuk diri sendiri, berdoalah juga untuk orang lain mungkin kita akan lebih senang mendapat bantuan Tuhan.


Dan mungkin banyak lagi faedah yang boleh kita kutip dari kisah ini, Cuma bergantung kepada diri kita sahaja samada ingin memandangnya negatif atau positif.


                                        ذَٰلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَهْدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦ ۚ وَلَوْ أَشْرَكُوا۟ لَحَبِطَ عَنْهُم مَّا كَانُوا۟ يَعْمَلُون


Itulah petunjuk Allah, yang dengannya Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya. Seandainya mereka mempersekutukan Allah, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan.

QS. Al-Haj [22] : 16


"Doa seorang muslim untuk saudaranya di seberang sana sungguh mustajab. Di kepalanya ada malaikat yang ditugasi oleh Allah untuk mengucapkan 'amin' setiap kali ia mendoakan kebaikan buatnya. Malaikat itu juga berkata: 'Dan bagimu juga seperti itu'." (HR. Bukhari dan Ahmad)


Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama

Sekian wasalam ;-)


Friday, March 1, 2013

Meminta, malukah kita?




Sering kali apabila dilanda kesulitan dan kesukaran,ketika hati rasa luluh dan jatuh maka seringkali itulah akan ada susunan jari jemari menadah tangan memohon kepada Yang Maha Kuasa dengan keadaan yang rendah diri berharap agar diberikan kekuatan pada diri untuk menempuh kesulitan tersebut.

Tetapi

Adakah seringkali itu juga akan terjadi bagi insan yang dalam keadaan kesenangan dan kegembiraan? Sebagai suatu tanda kesyukuran terhadap Yang Maha Memberi.

Itulah yang sering terjadi,jarang sekali untuk mengingati Yang Maha Pengasih ketika berada dilautan kesenangan. Apa yang sering terjadi ketika jatuh tersungkur baharu teringat kepada Yang Maha Pencipta.

Dan insan itu adalah kita semua yang bergelar hamba Allah.

Ada satu kisah Syeikh Ibrahim Adham seorang yang rapat dengan Yang Maha Pencipta ditanya oleh beberapa orang tentang mengapa doa mereka tidak diterima. Lalu dijawab oleh Syeikh Ibrahim Adham mungkin hati mereka mati dan antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Cuba kita perhatikan antara kesepuluh yang disenaraikan oleh Syeikh Ibrahim Adham adakah ada pada kita salah satu dari perkara-perkara tersebut? Mohonlah kepada yang maha mendengar agar kita terlepas dari senarai diatas.

 Mematuhi aturan yang betul dalam meminta atau berdoa kepada Allah adalah antara syarat untuk termakbulnya doa, disini tidak akan dilanpirkan prosedur untuk berdoa itu akan tetapi suatu renungan adab berdoa berdasarkan beberapa ayat yang telah lama diwahyukan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W sebagai perbandingan dalam keadaan kita yang sering berlaku.

 Firman Allah dalam Surah Al-Fatihah :
 إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ 
“Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.” (Al-Faatihah : 5) 

 Ayat ini mendahulukan peribadatan dalam keadaan mengabdikan diri dahulu kemudian datangnya untuk memohon pertolongan. Janganlah kita menjadi sesuatu terbalik dari itu, apabila ingin memohon pertolongan baharu Allah hendak diingat dan ibadat pun hendak dilaksanakan, tetapi jika tidak terasa pada diri untuk memohon apa-apa maka ibadat ditinggalkan Allah sendiri dilupakan.



 Dalam Surah Al-Baqarah juga dinyatakan maksud yang hampir sama dengan ayat diatas :

 وإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖفَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ 
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.” (Al-Baqarah : 186) 

 Ayat diatas juga menunjukan syarat memohon dan berdoa, iaitu mestilah menjadi seorang yang patuh akan perintah Allah serta menjadi orang yang beriman. Oleh itu, jika ketika waktunya kita memerlukan pertolongan terus dari Allah tiba-tiba terasa doa tidak termakbul, cuba kita analisis balik dengan apa yang kita buat dan lakukan adakah layak untuk kita mendapat pertolongan daripada Allah sedangkan syarat berdoa pun kita masih terhuyung-hayang.

 Sebagaimana juga dengan firman Allah :

 وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إ نَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

 “Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”(Al-Ghaafir : 40)

 Walau bagaimanapun kita sememangnya perlu untuk memohon kepada Allah untuk segala hal kerana sudah janjinya untuk memakbulkanya, akan tetapi tetap disertakan dengan syarat-syaratnya.

Siapa lagi tempat untuk kita meminta selain dari Yang Maha Pemberi? Semestinya kepada Allah S. W. T juga, kerana Dia lebih mengetahui tentang kita dan Dia lebih rapat dengan kita.

 وَلَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ, إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ 

 “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya, (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.” (QS. Qaaf: 16-18) 


Sememangnya bagi setiap insan itu mesti ada dua perasaan terhadap Allah iaitu Khauf (takut) dan Raja’(berharap). Kedua perasaan ini iaitu khauf takut terhadap Allah dalam melakukan perkara-perkara yang dilarangnya dan raja’ iaitu berharap penuh segala perkara terhadapNya.

Dengan kata lain teruskan berharap kepadaNya dalam memohon doa agar kita termasuk dalam golongan mereka yang selalu mengabdikan diri kepadaNya. Dan yakinlah setelah syarat berdoa kita telah penuhi bahawa Allah S.W.T akan memakbulkan doa dan juga permohonan kita sebagimana satu hadis yang mafhumnya :

 "Sesungguhnya Aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hambaKu,adalah Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku.Jika dia mengingati Aku dalam hatinya,maka Aku mengingati dia di dalam hatiKu,dan jika dia mengingati Aku dalam jamaah,maka Aku mengingati dia dalam jamaah yang lebih baik (iaitu dalam jamaah para malaikat yang maksum dan suci dari segala dosa).Apabila hamba Ku mendekati Ku sejengkal,maka Aku dekati dia sehasta.Apabila dia mendekati Aku sehasta,maka Aku dekati dia sedepa.Dan apabila dia datang kepada Ku berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari." (Hadith Riwayat Muslim)

 Jadi berkaitan dengan persoalan diatas jawapannya adalah subjektif antaranya dua jawapan yang dihadapkan disini :

1) Sememangnya kita patut malu meminta jika hendak dibandingkan dengan amal ibadat yang telah kita laksanakan.

2) Kita tidak sepatutnya malu untuk meminta denganNya kerana dimana lagi hendak meminta kalau bukan kepada Yang Maha Pemberi dan Dia lah yang paling rapat dengan kita,tetapi malu itu mesti ada.

 Setakat itu sahaja perkongsian untuk kali ini, seandai terdapat banyak kelompangan dalam penulisan ini harap ada yang sudi memperbaiki. Segala yang lemah dan buruk dijauhkan dan segala yang baik kita kongsikan semoga kita semua termasuk dalam golongan yang di kasihi Allah S.W.T. Wallahu’alam.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More