Tokoh Muslimah Sepanjang Zaman

Dari: "Tokoh-tokoh Wanita di Sekitar Rasulullah SAW" karangan Muhammad Ibrahim Saliim. Diketik oleh: Hanies Ambarsari..

Negara yang Memiliki Populasi Muslim Paling Banyak di Dunia

Tahukah Anda, negara yang memiliki populasi muslim paling banyak di dunia?? saya cuba cari data nya dan alhamdulillah menemukan data yang terpercaya, berikut ini saya cuba informasikan 10 negara dengan populasi muslim terbanyak di dunia lengkap dengan jumlah populasi nya.

Gambar Muslimah Di Facebook

Dulu2 saya ada ditanya oleh bekas pelajar sy ada bertanya tentang muslimah yang menayangkan pelbagai gambar didalam blog freindster dan facebook..

Pasukan Bolasepak Paling Mahal

Manchester United merupakan kelab terkaya di dunia, hasil pemasaran bijak bagi pangkalan penggemar di seluruh dunia..

Siapa Pengasas Makanan Terkenal Dunia

Tuesday, December 22, 2009

Bila Prestasi Merudum



Salam,tidak semua dalam dunia ini akan kekal abadi,mesti ada yang bangun dan jatuh tidak kira lah dari sudut apa pun samada dari ekonominya,politiknya atau pun sosialnya...banyak sebab dan asbabnya,disebabkan itu la Barisan Nasional (BN) telah membuat postmoterm untuk PRU12 yang kalah teruk dan begitu juga dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sewaktu tewas di Bagan Pinang di Negeri Sembilan sehingga mencetuskan EGM oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

Tapi itu kalau dilihat dari sudut politiknya begitulah dari sudut sosial atau ekonominya yang masih boleh dirasai sulitnya sampai sekarang.

Bagaimanakah cara mengatasinya dengan betul yang sebenar-benarnya bak kata Yuna,untuk mengatasi masalah ini.

Kalau dirujuk pada pakar psykologi atau motivasi banyak teori-teori yang akan diberi.Adakah benar atau berhasil teori yang diberikan tersebut?

Kalau dikira dari segi pencapaian ramai juga yang berjaya dan ramai juga yang semakin merudum,masalahnya disini adalah praktikalnya.

Tengok pula daru sudut praktikal,apakah benar segala teori sama dengan praktikalnya? mungkin ada yang jawabnya ya dan ada yang sebaliknya.

Kalau lah jawapanya tidak perkara itu atau pun teori itu logik dari segi akal fikiran kita.
Kalau lah jawapannya ya,adakah motivator akan mengamalkan teori yang di olah olehnya sendiri atau mungkin ada yang hanya sijil sahaja??



p/s: *artikal masih belum berdalil
      *memohan beberapa pandangan dan dalil jika mampu

Monday, December 21, 2009

Seo?trafik? Blog aku pnah jadi top 10 Google & Yahoo!



Salam diberi permulaan,kadang terkejut jugak kalau kita dapatr benda yang tak disangka kan?
cuba tengok kat atas tu...blog aku/ana :)..tercatat dalam 1st rangking google..

Ini plak untuk yahoo!,aku pun tercatat 1st rank kat Yahoo! gak tapi biasanya Yahoo! susah sikit nak dapat 1st rank


Yang ni plak menunjukan blog aku dapat rangking ke 3 dalam page google.

Dulu time aku buka atau wat blog aku ni xde la terlintas nak kejar trafik atau wat seo,tapi dah dapat keputusan macam ni rasa semangat plak :)
harap-harap dapat tungkatkan lagi =)

Saturday, December 19, 2009

Kejatuhan Empayar Islam Abbasiyah



Sejarah kejatuhan Kerajaan Islam Bani Abbasiyah pada 1258M adalah antara sejarah umat yg sukar dilupakan ialah kejatuhan Baghdad, ibu negara Islam pada ketika itu di tangan tentera Mongol yang dipimpin oleh Hulagu serta pembunuhan kejam (genocide) yg dilakukan.

Seorang penganut Syiah bernama Muayyidin Alqami telah dilantik oleh Khalifah al-Mu'tasim sebagai perdana menterinya. Di bawah pentadbiran Alqami beberapa dasar yang pelik dan luar biasa telah dilaksanakan. Alqami telah menjalankan dasar mengurangkan jumlah pasukan tentera pertahanan Baghdad. Ramai askar-askar, tentera berkuda telah dilucutkan jawatan mereka tanpa sebab yg munasabah. Langkah Alqami mengurangkan bala tentera Baghdad sangat menghairankan. Ahli-ahli sejarah kemudiannya telah menuduh Alqami sebagai pengkhianat yg telah menyebabkan kematian Khalifah al-Mu'tasim dan penduduk Baghdad.

Khalifah sungguh bernasib malang kerana mempunyai menteri yang cuai dan khianat. Khalifah telah dinasihatkan oleh Alqami supaya tidak risau dan tidak berbuat apa-apa kerana ancaman dari Mongol ini bukanlah ancaman yg serius. Oleh itu, tiada langkah-langkah konkrit dilakukan walaupun ancaman Mongol telah hampir. Seramai 200,000 gerombolan kafir musyrik Mongol, diiringi oleh bajingan-bajingan Kristian dari Georgia, Nestoria dan Armenia,
dan kumpulan Syiah ghulat, sedang bergerak mara ke arah Baghdad. Unsur-unsur pengaruh Kristian dalam tentera Hulagu telah menarik ramai Kristian dari Georgia dan Armenia untuk menyertainya. Tentera Hulagu juga disertai oleh ramai penganut-penganut Syiah yang ingin melihat Khalifah Islam dari golongan mazhab Ahli Sunnah tumbang dan digantikan dengan mazhab Syiah.

Sekali lagi Alqami memainkan peranan yang licik yang akhirnya telah menghancurleburkan Baghdad. Alqami telah menyakinkan Khalifah bahawa Hulagu sudah bersedia
untuk berdamai. sedangkan dalam masa yang sama dia telah membuat pakatan sulit dengan Hulagu untuk mengkhianati Khalifah al-Mu'tasim. Begitulah balasan yang diberikan
oleh Alqami kepada khalifah yang telah melantik dan menaruh kepercayaan penuh kepadanya.

Akhirnya pada Febuari 1258, Khalifah al-Mu'tasim, diiringi oleh pembesar-pembesar dan ulama-ulama keluar dari kota untuk berjumpa dengan Hulagu. Mereka tidak menyedari maut sedang menunggu. Maka, setiap ulama dan pembesar telah dipancung semuanya. Khalifah al-Mu'tasim dan kelurganya menjadi tawanan Hulagu. Pada masa yang sama kota Baghdad telah dimasuki tentera Mongol dan bermulalah satu siri keganasan dan kekejaman yg tiada taranya dalam sejarah manusia.

Hampir seluruh penduduk kota Baghdad yang beragama Islam telah dibunuh dengan kejam. Atas permintaan isteri Hulagu, orang-orang Kristian telah dibebaskan dari pembunuhan. Penduduk yg menganut syiah juga telah selamat dari pembunuhan kerana campur tangan Khwaja Nasiruddin Tusi, seorang penganut syiah. Oleh kerana itu, tentera-tentera Mongol tidak membunuh dan menyiksa penduduk-penduduk Kristian dan syiah.

Mengikut satu riwayat, Khalifah al-Musta'sim telah dirantai, diejek dan dibiarkan kebuluran. Kemudian khalifah dibawa ke hadapan Hulagu dalam keadaan lapar. Hulagu kemudiannya mengeluarkan emas harta rampasan dari istana Khalifah sendiri. Dia memberi emas itu kepada khalifah dan memerintahkan agar khalifah memakan emas itu.

Khalifah memprotes, "Bagaimana saya akan makan ketulan emas? Tak ada siapa yg boleh makan emas!".
Hulagu menjawab dengan sinis, "Jika kamu tahu emas tak boleh dimakan, mengapa tidak menghantarnya padaku. Jika kamu berbuat begitu, nescaya sudah tentu kamu sekarang ini masih dalam istana kamu, makan dan minum tanpa risau!"

Tajudin Ibn al-Subki mengisahkan bahawa "...Telah menjadi kepercayaan umum bahawa jika darah Khalifah jatuh ke bumi, suatu bencana besar akan melanda dunia." Maka Hulagu pun menjadi serba salah, akan tetapi Khwaja Nasiruddin Al-Tusi mencadangkan supaya dibunuh saja khalifah tanpa menumpahkan darahnya ke tanah. Dengan itu khalifah digulungkan di dalam permaidani dan dipijak, ditendang sehingga meninggal dunia.

Begitulah takdir menyedihkan yg menimpa khalifah Islam Abbasiyyah yg terakhir di Baghdad. Pembunuhan beramai-ramai di Baghdad berlangsung selama lebih sebulan. Mereka yang terselamat ialah mereka yang dapat mencari tempat persembunyian.

5 syarat nak buat maksiat




Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" 

Thursday, December 17, 2009

Apa Hijrah Bagi Anda?



     Alhamdulillah kita ucapkan,kerana dengan limpah izin dan kurnianya masih memberi kita merasai tahun baru hijriah.. walaupun ia jarang dirasai dan tiada dzuk dengan kata lainnya dalam menyambut Maal Hijrah berbanding dengan awal tahun Januari atau pun Masehi.

    Sambut atau tidak sambut bukan lah suatu masalah yang perlu diperbincangkan dengan panjang dan lebar malah minta dijauhkan dari persengketaan,tetapi yang ingin disentuh disini adalah apakah hijrah bagi anda?atau dengan kata lain apakah makna susah payah junjungn mulia dalam strategi penghijrahan menbina daulah islamiah mengisi hati anda?

    Jom kita ikuti sedikit kisah penghijrahan mereka :-

Wednesday, December 9, 2009

Lirik Aku Hanya Nak Ke Seberang - Halim Yazid





Salam...

Hari ni saya tak post panjang-panjang,cuma pasal lirik lagu dikir barat aku hanya nak keseberang dari Halim Yazid.Apakah makna lirik ni...


Monday, December 7, 2009

Wayang dan filem kita

DALAM Anugerah Skrin TV3 Jumaat lalu filem Wayang arahan Hatta Azad Khan dipilih sebagai Filem Terbaik. Sementara Hatta dipilih sebagai Pengarah Terbaik, Eman Manan (Pelakon Lelaki Terbaik), Zulhuzaimy (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik) dan dua anugerah lagi. Tulisan ini bukanlah kerana Wayang yang diusahakan oleh UiTM ini mengungguli Anugerah Skrin TV3 kali ini.
Suatu yang lebih menarik dari Wayang ialah mendedahkan senario pemikiran sebahagian besar khalayak dan birokrat kita tentang filem.

Sunday, December 6, 2009

KB MALL Runtuh???!!



Terkejut juga bila dapat berita dari tempat kejadian bahawasanya KB Mall runtuh sekitar 6 petang tadi. Bila diselidik rupanya bukan KB Mall yang runtuh, tetapi sebuah kereta Mazda kuning jatuh ke dalam KB Mall dari tempat parking bahagian atas bumbung dan tersepit di celah escalator hingga menyebabkan 2 kematian dan 3 orang awam yang tercedera (kalau tak silap info).


Nik Aziz Gila Jawatan?


"Saya tidak akan meletak jawatan desakan daripada budak-budak nakal yang berhimpun di bawah pohon jati depan SUK,kalau lah saya akur dengan desakan mereka sudah lama saya meletak jawatan ketika zaman Tan Sri Anwar Musa menjadi ketua pembangkang dulu"

Thursday, December 3, 2009

Berapa Berat Blog Anda?



Berapa berat blog anda? Blog di nilai dari segi Size, Load Time dan Avarege Speed per KB.apa yang perlu di fokuskan adalah pada saiznya kerana nilai terbaik bagi sesebuah blog adalah di bawah paras 100kb,mengikut mazhab ini :P,Bagi Load Time dan Avarege per speed per KB pula, ianya bergantung pada kelajuan internet anda....jadi usahakanlah hulurkan tangan anda,ringankan beban blog anda..anda boleh kira disi...

Tuesday, December 1, 2009

Nikah Usia Muda




Jika ada IPT yang hendak diberikan penghormatan mengenai usaha menggalakkan perkahwinan para penuntutnya, markah yang penuh wajar diberikan kepada UIAM. Semenjak dahulu lagi UIAM menggalakkan siswa dan siswi bernikah dengan memberikan saguhati kepada mereka. Mungkin jumlah yang diberikan itu tidak lah dapat menampung sepenuhnya mahar yang tinggi di Malaysia, namun ianya akan dapat menampung serba sedikit bebanan itu. Diharapkan agar saguhati yang diberikan itu dapat digandakan di masa-masa hadapan demi mengurangkan gejala maksiat di kalangan siswa dan siswi yang kini tidak mengenal sempadan. IPT-IPT lain juga wajar mencontohi UIAM di dalam hal ini.



Sunday, November 29, 2009

Siapa Hassan Al Banna?



Hassan Al Banna : Semarak Perjuangannya Masih Terasa


Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasa yang ditaburkan. Inilah yang dapat diperkatakan mengenai keperibadian tokoh pada kali ini iaitu As Syahid Imam hassan Al Banna. Walaupun telah 54 tahun Almarhum meninggalkan kita semua, namun perjuangan dan kegigihannya dalam menegakkan kembali Islam di bumi Mesir tetap kukuh bersemadi dalarn hati sanubari masyarakat Islam hingga ke hari ini.

Tanggal 12 Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu.

Thursday, November 26, 2009

Salam Hari Raya Qurban




Selamat Menyambut Aidul Adha..Maaf Zahir Batin

Hari Raya Korban


          

           IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya
Haji. Pada Hari Raya Haji  ramai ummat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dibagi-bagikan kepada fakir miskin. Ramai juga ummat Islam yang mencukupi syarat, menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh ummat Islam untuk membantu mereka yang susah.
 
          Jika sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh ummat Islam Isya-Allah akan ujud ketenangan dan kedamainan dalam masyarakat dan akan dekatlah jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah, antara penguasa dengan rakyat biasa.

Saturday, November 7, 2009

Akhirnya Negeri Sembilan Juara 3-1 Kelantan



 PERANG psikologi sebelum sepak mula final Piala Malaysia, malam tadi jelas milik Kelantan yang mencipta 'lautan merah' apabila ribuan penyokong 'The Red Warriors' hampir menguasai segenap pelusuk Stadium Nasional di Bukit Jalil.

Kehadiran penyokong itu yang merentang kain dan sepanduk dengan kata-kata buat mengapikan semangat pemain negeri sebelum menentang Negeri Sembilan mencetus senario penuh berwarna di gelanggang kira-kira empat jam sebelum saingan memburu mahkota kejuaraan itu dimulakan.

Antara kain rentang yang terserlah adalah laungan semangat ‘Gomo Klate Gomo’, ‘40 tahun menanti Piala Malaysia milik kami’, ‘The Red Warriors... History in the Making’.

Turut kelihatan, ‘Piala Malaysia Hok Kito, ‘Kito anak Kelate, ‘Wira Merah, Tanah ‘Merah’, ‘Mari puok kito, pakat sokong.’

Dentuman mercun dibunyikan acap kali kedengaran juga menyumbang kepada kemeriahan serta menggamatkan suasana di dalam stadium.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa turut dihargai atas kejayaannya membawa Kelantan ke final Piala Malaysia pertama dalam 39 tahun dengan kain rentang ‘Terima Kasih dan Syabas Tan Sri Presiden Kafa...Jasamu Dikenang’.

Nasihat untuk tidak membawa bendera parti politik ke dalam stadium tidak diendahkan apabila bendera parti kerajaan Kelantan diusung mengelilingi Lautan Merah.

Sementara itu sikap ghairah untuk meraikan penampilan final Piala Malaysia pertama selepas 39 tahun menyaksikan ribuan penyokong Kelantan menyerbu masuk ke stadium sebaik pintu masuk dibuka, petang semalam.

Sebaik pintu merah dibuka pada 4.51 petang, penyokong Kelantan yang mengatasi penyokong Negeri Sembilan dengan nisbah 4:1 berasak-asak memasuki stadium umpama tsunami merah.

Empat pegawai polis yang mengawal pintu pagar itu jelas tidak dapat membendung lagi lautan merah itu sehinggakan pintu pagar hampir dilihat remuk dek tahap kegilaan yang sudah lama tidak disaksikan dalam bola sepak tanah air.

Tapi apa yang menariknya bilangan polis yang dikatakan paling ramai ditempatkan iaitu sebanyak 1500 orang,tapi malangnya dan sedihnya dek kerana kekalahan ada penyokong Kelantan yang bernekad membakar kerusi di stadium berkenaan.

Walau apa pun terima dan bersyukur lah dengan apa pun keputusan.Bagi Negeri Sembilan patut lah bagi mereka mendapat kemenangan kerana telah banyak kali mencuba nasib di final ini,bagi Kelantan pula perlu redha dan bersyukur kerana sempat juga menempa kaki ke final,bukan calang-calang kumpulan atau negeri yang boleh ke final hanya dua kumpulan sahaja.

sekian wassalam..

Wednesday, November 4, 2009

Kelantan Tahun 1977




               BABAK ‘Kerjasama Kongsi Kuasa’ menurut istilah Datuk Mohd Asri ini, adalah suatu perubahan dalam taktik perjuangan PAS di bawah kepimpinan beliau. Pergolakan-pergolakan dengan wujudnya ‘team’ atau puak mulai membesar sekitar pertengahan tahun 70an.

Golongan pertama ialah penyokong Datuk Mohd Asri sendiri dan golongan kedua ialah pengikut setia atau pro Datuk Muhammad Nasir yang menjadi Menteri Besar (MB) Kelantan waktu itu. Kumpulan Datuk Muhammad Nasir telah mengadakan demonrasi protes pada 24 September
1977 di Padang Merdeka, Kota Bharu, Kelantan. Mereka membantah kumpulan pro Asri yang dikenal dengan ‘Kumpulan 16’ dan akhirnya ‘Kumpulan 20’. Dikatakan lebih 80,000 rakyat Kelantan di seluruh pelusuk tanah air menyertainya.


Lambang Parti Berjasa (Barisan Jamaah Islamiah Se Malaysia) pecahan dari PAS pinpinan MB Kelantan waktu itu, Datuk Muhammad Nasir.


              Datuk Muhammad Nasir pula digulingkan dari jawatan MB melalui usul undi tidak percaya. Usul tersebut dibuat oleh 20 orang ADUN Kelantan dari PAS yang diketuai oleh Datuk Haji Ishak Lutfi Omar. Ekoran dari peristiwa tersebut, pada 19 Oktober 1977 satu lagi demontrasi telah diceturkan. Kira-kira 20,000 rakyat Kelantan berarak dari Padang Merdeka ke Pejabat Setiausaha Negeri. Perintah berkurung pun diisytiharkan oleh pihak keselamatan pada jam 3.15 petang dan berterusan selam 24 jam berikutnya.


              Pihak Kerajaan Pusat tidak mahu berkerja sama dan membelakangkan pendapat majoriti ADUN Kelantan kerana segala rundingan yang dibuat dengan MB tidak mendapat sokongan majoriti ADUN. Bermulalah ‘Politik Darurat’ untuk merampas Kelantan. Formula mewujudkan Akta Darurat dan kerajaan MAGERAN di Kelantan tanpa rundingan dan rujukan apa-apa dengan PAS
sebagai rakan ‘kongsi kuasa’nya. PAS hanya diberitahu untuk dipersetujui sahaja. Pemimpin PAS dalam kabinet Kerajaan Pusat pula terpaksa letak jawatan masing-masing kecuali Haji Hasan Adli yang membantahnya.


            Mereka terpaksa berbuat demikian kerana dikatakan telah melanggar disiplin BN ekoran dari bantahan Datuk Asri terhadap Akta Darurat. Akta tersebut dibentangkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Hussein Onn di Dewan Rakyat Kuala Lumpur pada 19 Oktober 1977, yang pada masa itu masih lagi dalam bentuk rang undang-undang Kuasa Darurat Kelantan. Sistem pemerintahan demokrasi digantung dan ditadbir secara’de facto’ oleh Kerajaan Pusat apabila MAGERAN diisytiharkan pada 8 November 1977.


            Pada 13 Disember 1977 PAS disingkir dari BN kerana enggan mematuhi whip BN mengenai undang-undang Darurat. Pada 12 Januari 1978, pemerintahan MAGERAN ditarik balik oleh Kerajaan Pusat dan pada 11 Mac 1978 Kerjaan Pusat terus mengisytiharakan PRU peringkat negari sahaja. Ternyata BN menangguk di air keruh dan PAS dikalahkan dengan teruknya oleh BN. Dari 43 kerusi DUN seluruh negara tahun 1974 jatuh tinggal 11 sahaja pada tahun tersebut. Kerusi PRU parlimen perolehan PAS lepas itu juga berkurang dari 14 tahun 1974 kepada 5 sahaja pada tahun 1978.

Oleh itu dikatakan kemasukan PAS dalam BN merupakan faktor kekalahan PAS dalam PRU 1978, menggambarkan kejatuhan kekuasaan dan pengaruh PAS di Malaysia. Ada yang berpendapat kejatuhan PAS adalah kerana pimpinan dan tenaga kerja PAS lebih banyak tertumpu kapada sumbangan dalam jentera kerajaan dari tumpuan untuk menggerakkan parti sendiri. Hal ini menyebabkan ahli-ahli PAS terabai dan kurang mendapat pengisian sewajarnya dari segi kerohanian dan kesedaran politik. Sehingga tiada beza antara ahli dan bukan ahli hingga boleh mengelirukan dalam menjadikan mereka sebagai regu perjuangan parti tersebut.


             Bekas Setiausaha Agung PAS 1978 yang telah melompat kepada UMNO, Ustaz Nakhaie Ahmad mengatakan, kekalahan PAS adalah kerana kurang perhatian pemimpin PAS dalam menggunakan ruang dan peluang semasa berada dalam BN. Beliau mensifatkan penyertaan PAS tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membantu parti, bahkan masing-masing berebut jawatan dan kepentingan. Penyingkiran PAS dari BN juga mempunyai saham dalam menjatuhkan PAS.


             Peristiwa yang memaksa beberapa tokoh PAS tidak aktif lagi kerana larangan ahli-ahli akademik terlibat dalam politik. Mereka adalah seperti Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok, Dr Harun Din, Uthman Khalid dan lain-lain. Oleh itu kekosongan yang wujud dalam post-post tertentu sedikit sebanyak mengganggu pentadbiran dan perjalanan parti. Lebih-lebih lagi apabila imej Yang Di Pertua Agung PAS Datuk Mohd Asri telah dianggap kurang baik dan gerhana hasil dari penentangan beliau terhadap perlantikan Datuk Haji Muhammad Nasir.


           Walaupun sebenarnya perlantikan Datuk Haji Muhammad Nasir sebagai MB Kelantan tersebut didalangi oleh BN, namun MB itu tetap dianggap jujur dan ikhlas terhadap rakyat. Apabila Datuk Asri menentang Akta Darurat dan terpaksa meletak jawatan, tiba-tiba Hasan Adli enggan letak jawatan, sedangkan beliau juga adalah tokoh berpengaruh yang menjadi Menteri Kerajaan Pusat sesudah Datuk Asri. Keadaan ini juga mendorongkan perbedaan pendapat yang membawa kepada sikap berpuak-puak di kalangan ahli.


         Ada juga yang berpendapat bahawa ‘perebutan jawatan & rezeki’ adalah punca perpecahan dan yang menyebabkan kejatuhan PAS. Datuk Asri merasa berautoriti mencadangkan Wan Ismail Wan Ibrahim sebagai MB Kelantan. Beliau enggan menerima Datuk Muhammad Nasir tajaan BN yang menyebabkan mereka tidak sehaluan dan berlaku perpecahan dalam PAS. Datuk Muhammad Nasir keluar menubuhkan Parti Berjasa. ‘Kelicikan politik BN’ ini menyebabkan Berjasa bertanding atas tiket BN menentang PAS dalam pilihan raya.


         Seorang ahli akademik mengatakan, maslah percubaan ini bukan sahaja bermula kerana kemasukan PAS dalam komponen BN, bahkan kerana perpecahan dalaman PAS itu sendiri yang lebih tertumpu kepada perbedaan fikrah. Kemasukan ahli-ahli ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia), atau ahli-ahli IRC (Islamic Representative Council) yang berpusat di luar negara telah cuba menerapkan pemikiran mereka terus menambah lagi perbedaan fikrah tersebut. Suasana demikian berlaku sekitar tahun 1977 dan 1978, yang mendorongkan lagi perbedaan tindakan dan taktik dalam perjuangan.


           Kesannya menyebabkan ketidaksatuan hati dan tindakan yang mewujudkan puak-puak tertentu dalam PAS. Ini menambahkan lagi suatu punca perpecahan. Selain dari faktor Kerajaan Campuran, Tengku Razaleith Hamzah juga dikatakan berperanan menjatuhkan PAS. Pengaruhnya yang kuat dan bersungguh-sungguh dalam menjadikan UMNO Kelantan sebagai base atau tapak untuk karier politiknya di samping mempunyai beberapa kelebihan dan kemudahan di negeri tersebut.


           Menurut Tengku Razaleith waktu itu, sepanjang tempuh menerajui Kelantan sejak 1959, PAS kurang memberi perhatian kepada rakyat, bahkan berselindung dengan Islam dan propaganda politiknya hingga mengkhayalkan ramai orang. Justeru, atas kesedaran bahawa rakyat Kelantan mempunyai mentaliti yang tinggi dan berpotensi untuk maju terutama sebagai anak Kelantan, beliau ingin melihat orang-orang Kelantan menguasai bidang-bidang pekerjaan mengikut merit dan bukan kerana lain-lain sebab. Beliau tidak mahi rakyat Kelantan diperalatkan oleh sesetengah golongan.


           Beliau mengatakan PAS memperalatkan Islam kerana sepanjang 19 tahun, tidak ada satupun akta dari undang-undang yang dipinda untuk menghala kepada penghayatan Islam. Timbalan Setiausaha DAP, Encik P.Patto pula menegaskan, punca kejatuhan kerajaan PAS Kelantan ialah kerana permainan politik yang berat sebelah dari pemerintah. Semasa darurat dan MAGERAN rapat umum tidak dibenarkan, tetapi melalui usaha beberapa tokoh politik UMNO telah menghangatkan suasana keruh di Kelantan.


           Rapat umum sudah tidak kira permit lagi. Jentera Kerajaan Pusat telah digunakan sebagai jentera parti, membantu demontrasi anti Asri dalam bulan September hingga Oktober 1977, di Kota Bharu. Dikatakan juga ada antara anggota polis memainkan peranan yang sama tanpa memikirkan tugas sebenar mereka sebagai pegawai keamanan rakyat. Pada P.Patto, rakyat tidak menolak kerajaan PAS tetapi kejatuhan PAS disebabkan penyalahunaan kuasa oleh pihak kerajaan.


            Beberapa kalangan pimpinan PAS sependapat mengatakan sebab utama kejatuhan PAS Kelantan adalah kerana tindakan tidak demokratik dan sistem politik kuno pemerintah dalam pilihan raya tersebut, yang secara mengejut tanpa memberi ruang waktu serta kebebasan berkempen, iaitu lebih kurang 3 bulan sebelum MAGERAN diisytiharkan. Sedangkan semua media masa dijadikan alat sebaran BN yang mempengarui kepercayaan dan sokongan pengundi.


             PAS tidak mempunyai alat sebaran yang cukup untuk menerangkan kepada rakyat Kelantan tentang peristiwa MAGERAN, politik darurat, isu balak, rasuah, tanah dan krisis Asri-Nasir, sedangkan rakyat disumbat dengan kekeliruan tersebut melalui tv, radio, akhbar dan sebagainya. Ini bermakna PAS bukan sahaja berlawan dengan parti-parti yang menentang seperti UMNO, Berjasa, Bebas dan lain-lain, tetapi juga berhadapan dengan seluruh jentera parti kerajaan BN atau Kerajaan Malaysia.


             MeMAGERANkan Kelantan sebenarnya merupakan satu senjata politik untuk membolehkan UMNO menang di Kelantan. Dalam suasan darurat PAS sudah pasti tidak dapat menangkis tuduhan-tuduhab liar. Dengan itu fitnah-fitnah yang dilempatkan kepada kerajaan PAS menambahkan kekeliruan rakyat, sedangkan PAS tersekat dari membela diri. Datuk Muhammad Nasir sendiri jelas menampakkan kecenderungan dan sikap ke arah BN sejak tahun 1975 lagi. Katanya, beliau ‘bukan MB PAS tetapi MB BN’ se waktu diinterbiau oleh wartawan Bernama pada masa itu.


            Dalam ucapan di Pasir Mas pada 13 Mei 1977, Muhammad Nasir mendakwa beliaulah satu-satunya MB Kelantan yang menyelamatkan Kelantan dari kerosakan yang telah ditimbulkan oleh kerajaan lalu, maksudnya kerajaan yang diperintahkan oleh PAS sejak tahun 1959 lagi. Melalui akhbar-akhbar tempatan pula pada 14 September 1977, beliau menuduh usaha untuk menggulingkan beliau didalangi oleh tokoh-tokoh tertentu di Kuala Lumpur untuk menutup apa yang dikatakan sebagai kecurangan berkaitan 3 masalah, iaitu:


1..Masalah Syarikat Timber Mine.

2..Masalah membalak di kawasan sempadan Kelantan-Perak seluas 250,000 ekar tahun 1972, antara Kerajaan Negeri melalui SEDC dengan Syarikat Ong Kian Seng.


Datuk Mohd Asri pula dalam ucapan di Mesyuarat Agung PAS ke 24, beliau menjelaskan, “Perbelanjaan bulanan Pejabat Agung adalah $3,000, sementara perolehan pendapatan melalui pendermaan daripada legislator adalah hanya $1,950 sebulan.”

Ustaz Nakhaie menjelaskan, sepanjang penglibatannya dalam PAS sekitar tahun70an hingga 80an, beliau menyenaraikan empat bentuk kelemahan dalam PAS:


1..Kelemahan pengurusan dan pentadbiran parti, terutamanya dalam pengurusan kewangan dan keahlian yang licin.


2..Budaya ilmu dalam PAS yang belum mantab, di mana perjuagan Islam yang ditegakkan tidak begitu dinilai dari sudut keupayaan memahami Islam, tetapi lebih kepada semangat dan sentiment sahaja.


3..Kemantapan ideologi dan Islam belum mantap pada tahun 1978. Walaupun matlamatnya Islam, tetapi cara untuk mencapainya tidak jelas bagaimana ia boleh dilaksanakan dalam masyarakat.


4..Kurang pentarbiahan ahli-ahli di mana pengurusan pentarbiahan dan sumber kewangan menghadapi masalah.


 Sila ikuti dari awal : http://www.ibnuhasyim.com

Tuesday, November 3, 2009

Kejatuhan 'Uthmaniyah : Sultan Abdul Hamid II




Anakku, ayah melihat orang-orang di sini sudah mulai memuji paras rupa dan kecantikanmu. Maka mulai hari ini ayah ingin kamu mengenakan hijab dengan sempurna, kerana kamu sudah menjadi wanita dewasa sekarang.”Sultan Abdul Hamid II
Sultan Abdul Hamid II

Ungkapan kata penuh kasih sayang itu dituturkan dengan suara lembut oleh Sultan Abdul Hamid II kepada anaknya Aishah saat mereka melintasi hadapan Masjid Hamidiye Yildiz yang terletak tidak jauh dari pintu masuk istananya.

Di hadapan masjid ini, terlalu banyak kisah yang memilukan hati menimpa diri dan keluarga Sultan. Percubaan pembunuhan dengan meletakkan bom di dalam kereta kuda Sultan. Pengeboman itu terjadi selang beberapa saat seusai solat Jumaat. Allah masih menghendaki Sultan Abdul Hamid tetap bertakhta memimpin umat. Usaha khianat untuk menamatkan nyawa orang nombor satu di dunia Islam itu telah gagal.

Di hadapan istana ini, Sultan sering melaksanakan solat dan keluar menemui rakyat yang selalu dekat di hatinya.

Di situ juga, Sultan sesekali menunggang kuda ditemani anaknya Aishah, sambil menitahkan erti pentingnya menegakkan syariah bagi muslimah. Sejak saat itu anaknya mutahajibah (berhijab) sempurna, ini menandakan puterinya Aishah Osmanuglu telah memasuki usia aqil baligh.

Istana Yildiz yang diperbuat dari kayu ini adalah tempat tinggal pilihan Sultan Abdul Hamid II, setelah beliau meninggalkan segala bentuk kemewahan kaum keluarganya yang sebelum ini di Istana Dolmabahce.

Sultan Abdul Hamid II, lahir pada hari Rabu, 21 September 1842. Dengan nama lengkapnya, Abdul Hamid Khan II bin Abdul Majid Khan. Sultan adalah putera Abdul Majid dari isteri kedua beliau. Ibunya meninggal saat Abdul Hamid berusia 7 tahun. Sultan menguasai bahasa Turki, Arab, dan Parsi. Gemar membaca dan bersyair.

Sebelumnya, kekhalifahan dipimpin bapa saudaranya iaitu Abdul Aziz yang berkuasa cukup lama. Sultan Abdul Aziz digulingkan kemudian dibunuh oleh musuh politik Khilafah Utsmaniyyah. Khalifah setelah Abdul Aziz adalah Sultan Murad V, putera Abdul Aziz. Namun kekuasaannya tidak berlangsung lama dan digulingkan setelah 93 hari berkuasa kerana dianggap tidak upaya menjadi khalifah.

Sultan Abdul Aziz mewariskan negara dalam keadaan hiruk pikuk dan tidak terurus. Tunggakkan hutang luar negeri, parlimen yang tidak berfungsi, campur tangan asing di dalam negeri, tarik menarik antara pelbagai kepentingan Dewan Negara dan Dewan Menteri serta para ahli politik yang korup.

Pada 14 Ogos 1876 (1293 H), Sultan Abdul Hamid dibai’at sebagai Khalifah. Saat itu usianya 34 tahun. Dia menyedari bahawa pembunuhan bapa saudaranya serta perubahan-perubahan kekuasaan yang terjadi saat itu merupakan konspirasi global melawan Khilafah Islamiyah. Namun Sultan Abdul Hamid II dapat menjalankan pemerintahannya dengan baik, sering berbicara dengan pelbagai lapisan masyarakat, baik kalangan ahli politik , intelektual, rakyat jelata mahupun dari kelompok-kelompok yang kurang disukainya (lihat Shaw, 1977:212).

Kebijaksanaannya mengurusi urusan seluruh kaum Muslimin membuatkan ia semakin popular. Namanya sering disebut dalam doa-doa di setiap solat Jumaat di seantero bumi. Sokongan padu kaum Muslimin dan kesetiaan mereka terhadap Sultan Abdul Hamid II ini berhasil mengurangi tekanan Eropah terhadap Utsmaniyyah.

Abdul Hamid mengembangkan amanah dengan memimpin sebuah kerajaan yang luasnya membentang dari timur dan barat. Di tengah situasi negara yang genting dan kritis. Beliau menghabiskan 30 tahun kekuasaannya sebagai Khalifah dengan dikelilingi konspirasi, mehnah, fitnah dari dalam negeri sementara dari luar negeri ada perang, revolusi, dan ancaman globalisasi dan tuntutan pelbagai perubahan yang senantiasa terjadi.

Termasuk usaha jahat yang sistematik yang dilakukan kaum Yahudi untuk mendapatkan tempat tinggal tetap di tanah Palestin yang masih menjadi sebahagian dari wilayah kekhalifahan Utsmaniyyah. Pelbagai langkah dan strategi dilancarkan oleh kaum Yahudi untuk menembus dinding khilafah Utsmaniyyah, agar mereka dapat memasuki Palestin.

Pertama, pada tahun 1892, sekelompok Yahudi Rusia mengajukan permohonan kepada Sultan Abdul Hamid, untuk mendapatkan keizinan tinggal di Palestin. Permohonan itu dijawab Sultan dengan ucapan

“Pemerintan Ustmaniyyah memaklumkan kepada seluruh kaum Yahudi yang ingin hijrah ke Turki, bahawa mereka tidak akan diizinkan menetap di Palestin”, mendengar jawaban seperti itu kaum Yahudi amat kecewa, sehingga duta besar Amerika turut campur tangan.

Kedua, Theodor Hertzl, penulis Der Judenstaat (Negara Yahudi), pengasas negara Israel sekarang, pada tahun 1896 memberanikan diri menemui Sultan Abdul Hamid sambil meminta izin mendirikan perniagaan di al Quds. Permohonan itu dijawab Sultan:

“Sesungguhnya jajahan Utsmani ini adalah milik rakyatnya. Mereka tidak akan menyetujui permintaan itu. Sebab itu simpanlah kekayaan kalian itu dalam kantung kalian sendiri”.

Melihat keteguhan Sultan, mereka kemudian membuat strategi ketiga, iaitu melakukan Konferensi Basel di Switzerland, pada 29-31 Ogos 1897 dalam rangka merumuskan strategi baru menghancurkan Khilafah Ustmaniyyah.

Oleh kerana peranan dan aktiviti Yahudi Zionis yang terlalu mendesak dan semakin menjadi-jadi, akhirnya Sultan pada tahun 1900 mengeluarkan keputusan pelarangan atas rombongan penziarah Yahudi di Palestin untuk tinggal di sana lebih dari tiga bulan, pasport Yahudi harus diserahkan kepada petugas khilafah yang berkaitan. Dan pada tahun 1901 Sultan mengeluarkan keputusan mengharamkan penjualan tanah kepada Yahudi di Palestin.

Pada tahun 1902, Hertzl untuk kesekian kalinya mengadap Sultan Abdul Hamid untuk melakukan penyogokan (rasuah). Di antara sogokkan yang Hertzl tawarkan kepada Sultan adalah :

1. 150 juta poundsterling Inggeris khusus untuk Sultan.

2. Membayar semua hutang pemerintah Ustmaniyyah yang mencapai 33 juta poundsterling Inggeris.

3. Membangun kapal induk untuk pemerintah, dengan biaya 120 juta Frank

4. Memberi pinjaman 5 juta poundsterling tanpa bunga.

5. Membangunkan Universiti Ustmaniyyah di Palestin.

Semuanya ditolak Sultan, bahkan Sultan tidak mahu menemui Hertzl, diwakilkan kepada Tahsin Basya, Perdana Menterinya, sambil menberikan pesanan, “Nasihati Mr Hertzl agar jangan meneruskan rancangnya. Aku tidak akan melepaskan walaupun sejengkal tanah ini (Palestin), kerana ia bukan milikku. Tanah itu adalah hak umat Islam. Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka. Yahudi silakan menyimpan harta mereka. Jika Khilafah Utsmaniyah dimusnahkan pada suatu hari, maka mereka boleh mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Akan tetapi, sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusukkan pedang ke tubuhku daripada melihat Tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan dari Khilafah Islamiyah. Perpisahan adalah sesuatu yang tidak akan terjadi. Aku tidak akan memulai pemisahan tubuh kami selagi kami masih hidup.”

Sejak saat itu kaum Yahudi dengan Zionisme melancarkan gerakan untuk menumbangkan Sultan. Dengan menggunakan pelbagai kempen dan istilah seperti “liberation”, “freedom”, dan sebagainya, mereka menyebut pemerintahan Abdul Hamid II sebagai “Hamidian Absolutism”, dan sebagainya.

“Sesungguhnya aku tahu, bahawa nasibku semakin terancam. Boleh saja aku berhijrah ke Eropah untuk menyelamatkan diri. Tetapi untuk apa? Aku adalah Khalifah yang bertanggungjawab atas umat ini. Tempatku adalah di sini. Di Istanbul!” Tulis Sultan Abdul Hamid dalam catatan hariannya.

Pada malam 27 April 1909, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya didatangi beberapa orang tamu yang tidak di undang. Kedatangan mereka ke Istana Yildiz menjadi catatan sejarah yang tidak akan pernah dilupakan. Mereka datang atas nama perwakilan 240 anggota Parlimen Utsmaniyyah-di bawah tekanan dari Turki Muda-yang setuju penggulingan Abdul Hamid II dari kekuasaannya. Senator Sheikh Hamdi Afandi Mali mengeluarkan fatwa tentang penggulingan tersebut, dan akhirnya dipersetujui oleh anggota senat yang lain. Fatwa tersebut didapati sangat aneh dan setiap orang pasti mengetahui track record perjuangan Abdul Hamid II bahawa fatwa tersebut bertentangan dengan realiti sebenar yang berlaku di Turki dan empayar kerajaan Islam.

Keempat utusan itu adalah Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Utsmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersamanya adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga panglima Ketenteraan Utsmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat daerah Daraj di Meclis-i Mebusan.

“Bukankah pada waktu seperti ini adalah masa di mana aku harus menunaikan kewajibanku terhadap keluargaku. Tidak bolehkah kalian bicarakan masalah ini esok pagi?” Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tiba-tiba dan mendesak. Tidak ada simpati di raut wajah mereka.

“Negara telah memecat Anda!” Esat Pasha memberitahu kedatangannya dengan nada angkuh. Kemudian satu persatu wajah anggota rombongan itu diperhatikan dengan saksama oleh Sultan.

“Negara telah memecatku, itu tidak ada masalah,…. tetapi kenapa kalian membawa serta Yahudi ini masuk ke tempatku?” Spontan Sultan murka yang amat sangat sambil menudingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.

Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dialah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika ingin mendapatkan keizinan menempatkan Yahudi di Palestin. Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tempat pemukiman Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.

Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermukim di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat riwayatnya.

Jelas terlihat bahawa saat tersebut adalah saat pembalasan paling dinanti oleh Yahudi, di mana Abdul Hamid II yang telah menolak menjual Palestin pada mereka, telah mereka tunjukkan di depan muka Abdul Hamid II sendiri bahawa mereka turut serta dalam penggulingannya dari kekuasaan. Mendung menyeluputi wajah Abdul Hamid II dan wajah Khilafah Islamiyah.

“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menyampaikan berita penggulinganku malam itu.” Sultan Abdul Hamid meluapkan derita hatinya di dalam catatan hariannya.

Perancangan menggulingkan Sultan sebenarnya sudah dilaksanakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat belakangan sebelum peristiwa hitam itu, nama Sultan sudah tidak disebut lagi di dalam khutbah-khutbah.

“Walaupun anda dipecat, kelangsungan hidup anda berada dalam jaminan kami.” Esat Pasha menyambung pembicaraan.

Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puterinya yang terpaksa menyaksikan pengkhianatan terhadap dirinya. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian yang memilukan malam itu.

“Bawa adik-adikmu ke dalam.” Sultan Abdul Hamid menyuruhh Amir Abdul Rahim membawa adik-adiknya ke dalam kamar.

“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma satu hal yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai ayah perlu menyekolahkan mereka.” Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Sultan sedar akan tidak ada gunanya membantah keputusan yang dibawa rombongan itu. Itulah kerisauan terakhir Sultan Abdul Hamid. Membayangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan.

Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat orang itu. Malam itu juga, Sultan bersama para anggota keluarganya dengan hanya mengenakan pakaian yang yang di pakai pada malam tersebut di angkut di tengah gelap gelita menuju ke stesyen kereta api Sirkeci. Mereka diusir pergi meninggalkan bumi Khilafah, ke istana milik Yahudi di Salonika, tempat pengasingan negara sebelum seluruh khalifah dimusnahkan di tangan musuh Allah.

Khalifah terakhir umat Islam, dan keluarganya itu dibuang ke Salonika, Yunani. Angin lesu bertiup bersama gerimis salju di malam itu. Pohon-pohon yang tinggal rangka, seakan turut sedih mengiringi tragedi memilukan itu.

Di Eminonu, terlihat Galata di seberang teluk sedih. Bukit itu pernah menyaksikan kegemilangan Sultan Muhammad al-Fatih dan tenteranya yang telah menarik 70 kapal menyeberangi bukit itu dalam tempoh satu malam. Mereka menerobos teluk Bosphorus yang telah dirantai pintu masuknya oleh Kaisar Constantinople. Sejarah itu sejarah gemilang. Tidak akan pernah hilang.

Terhadap peristiwa pemecatannya, Sultan Abdul Hamid II mengungkap kegundahan hatinya yang dituangkan dalam surat kepada salah seorang gurunya Syekh Mahmud Abu Shamad yang berbunyi:

“…Saya meninggalkan kekhalifahan bukan kerana suatu sebab tertentu, melainkan kerana tipu daya dengan pelbagai tekanan dan ancaman dari para tokoh Organisasi Persatuan yang dikenal dengan sebutan Cun Turk (Jeune Turk), sehingga dengan berat hati dan terpaksa saya meninggalkan kekhalifahan itu. Sebelumnya, organisasi ini telah mendesak saya berulang-ulang agar menyetujui dibentuknya sebuah negara nasional bagi bangsa Yahudi di Palestin. Saya tetap tidak menyetujui permohonan tersebut yang datang bertubi-tubi tanpa ada rasa malu. Akhirnya mereka menjanjikan wang sebesar 150 juta pounsterling emas.

Saya tetap dengan tegas menolak tawaran itu. Saya menjawab dengan mengatakan, “Seandainya kalian membayar dengan seluruh isi bumi ini, aku tidak akan menerima tawaran itu. Tiga puluh tahun lebih aku hidup mengabdi kepada kaum Muslimin dan kepada Islam itu sendiri. Aku tidak akan mencoreng lembaran sejarah Islam yang telah dirintis oleh nenek moyangku, para Sultan dan Khalifah Uthmaniah. Sekali lagi aku tidak akan menerima tawaran kalian.”

Setelah mendengar dan mengetahui sikap dari jawaban saya itu, mereka dengan kekuatan gerakan rahsianya memaksa saya meninggalkan kekhalifahan, dan mengancam akan mengasingkan saya di Salonika. Maka terpaksa saya menerima keputusan itu daripada menyetujui permintaan mereka.

Saya banyak bersyukur kepada Allah, kerana saya menolak untuk mencoreng Daulah Uthmaniah, dan dunia Islam pada umumnya dengan noda abadi yang diakibatkan oleh berdirinya negeri Yahudi di tanah Palestin. Biarlah semua berlalu. Saya tidak bosan-bosan mengulang rasa syukur kepada Allah Ta’ala, yang telah menyelamatkan kita dari aib besar itu.

Saya rasa cukup di sini apa yang perlu saya sampaikan dan sudilah Anda dan segenap ikhwan menerima salam hormat saya. Guruku yang mulia. mungkin sudah terlalu banyak yang saya sampaikan. Harapan saya, semoga Anda beserta jama’ah yang anda dapat memaklumi semua itu.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

22 September 1909

ttd

Pelayan Kaum Muslimin
(Abdul Hamid bin Abdul Majid)

Deru langkah tentara kedengaran melangkah menuju istana. Meriam ditembakkan sebagai tanda Sultan Mehmed V dinobatkan menjadi penguasa Utsmaniyyah. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V menjadi Khalifah ke 99 umat Islam sejak Abu Bakr al-Siddiq ra. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tidak memiliki kekuasaan apa-apa. Hanya boneka pengumpan yang hanya akan mempercepatkan pemberontakan untuk pembubaran Khilafah Utsmaniyyah.

“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku merasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini mengendap di dadaku, ketika diangkat terasa lega!” keluh Sultan Abdul Hamid

Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika Yunani penuh misteri.

“Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua.” Sultan Abdul Hamid memberi motivasi kepada seluruh kerabatnya saat keretapi sedang meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Utsman, berakhir malam itu. Balutan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali.

Di tengah suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas bangku kereta api sambil dipicit-picit oleh anaknya Fatimah.

“Sabarlah anakku, negara tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini.” Sultan mengusap wajahnya yang berlinangan air mata.

Terlalu lama Sultan dan keluarganya dikurung di istana milik Yahudi itu. Mereka dikurung dalam kamar tanpa perabotan sama sekali. Pintu dan jendela dilarang dibuka. Hari demi hari, adalah penantian kematian sebelum mati bagi Sultan dan keluarganya. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dihantar pulang ke Istanbul, akan tetapi anak-anaknya dipisah-pisahkan, bercerai berai. Dibuang ke Perancis menjadi pengemis yang hidup meminta-minta di lorong jalan.

Keadaan semasa di pembuangan Salonika atau di istana tua Beylerbeyi Istanbul sama saja bahkan lebih parah. Sultan dan beberapa anggota keluarganya yang masih tinggal tidak dibenarkan keluar sama sekali hatta sekadar pergi ke perkarangan istana kecuali untuk solat Jumaat di luar istana, tentunya dengan penjagaan yang amat ketat. Makanan untuk Sultan dan putera puterinya disukat sedemikian rupa, dengan kualiti makanan yang sangat rendah bahkan seluruh hartanya dirampas habis oleh tentera Ataturk.

Hari-hari yang dilalui Sultan dalam pembuangan dan pengasingan sangat menyedihkan. Dia dan keluarganya selalu diancam akan dibunuh, istana tua itu akan diledakkan. Pada suatu pagi selesai solat Subuh, Sultan memanggil puteranya, Abdul Rahman. Dialah ahli waris terpenting setelah ketiadaan Sultan nanti.

“Kita akan berikan semua harta kita kepada pihak tentera kerana mereka memaksa kita menyerahkannya.” Keluh Sultan kepada Abdul Rahman dengan nada sedih.

Puteranya itu menangis teresak hebat. Dia menjadi amat takut dengan para tentera yang bengis itu. Beberapa hari kemudian di lobi Deutche Bank, Istanbul, terjadi peristiwa penyerahan secara paksa semua harta Sultan, termasuk seluruh tabungan Sultan kepada pihak tentera.

Sultan tinggal di istana tua sebagai penjara di Beylerbeyi selama 6 tahun dalam situasi yang sangat mengaibkan. Tubuh kurus kering dan mengidap penyakit paru-paru yang semakin parah. Sultan benar-benar dikuarantinkan dari dunia luar, sehinggakan untuk mengubati penyakit disukarkan oleh pihak tentera.

“Maafkan saya, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal,” doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid sambil berbisik. Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asmanya semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa lagi.

Sultan Abdul Hamid II menghembuskan nafas terakhir dalam penjara Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar. Akibat kebodohan mereka membiarkan Khilafah Utsmaniyyah dilumpuhkan setelah pelucutan jabatan khilafahnya, 10 tahun yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu. Wa…Islama!!!

Sumber; Harb, Muhammad (1998). Catatan Harian Sultan Abdul Hamid II. Darul Qalam, ; Asy-Syalabi, Ali Muhammad (2003). Bangkit dan Runtuhnya Khilafah ‘Utsmaniyah. Pustaka Al-Kautsar, 403-425.









Monday, November 2, 2009

Mana Yang Benar



KUALA LUMPUR 2 Nov. – ‘‘Ini merupakan satu penantian yang sia-sia.’’ Itu adalah reaksi bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin selepas beliau menunggu lebih tiga jam di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini.
Bukan setakat dibiar umpama menunggu buah yang tidak gugur, beliau juga tidak dimaklumkan tujuan sebenar diminta hadir ke mahkamah pada pagi ini.
‘‘Saya pun tak tahu. Mengikut bon jaminan yang dikeluarkan awal pagi tadi, saya diminta untuk berada di mahkamah ini pukul 9 pagi. Untuk apa tak tahu, beri keterangan ke atau nak dakwa ke, saya betul-betul tak tahu.

Berita sepenuhnya


SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menafikan wujudnya ‘tangan ghaib’ di sebalik penahanan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin, 38, kelmarin, sebaliknya menegaskan tindakan itu dibuat mengikut peraturan dan pentadbiran biasa.

Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata penahanan itu dibuat selepas pihaknya mendapati Dr Mohd Asri mengajar agama tanpa tauliah di sebuah rumah di Taman Seri Ukays, Hulu Klang, dekat sini, kira-kira jam 12 malam kelmarin.

Menurutnya, penahanan itu dibuat mengikut Seksyen 119 (1), Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003.

“Jais tak ada terima arahan daripada sesiapa. Kita buat ikut peraturan dan pentadbiran biasa.

Berita sepenuhnya

 Lagi sepertinya


         Di atas kita boleh melihat dua perkara yang bercanggah dan boleh menjadi isu dalam negara kita berikutan penahanan bekas mufti perlis Ustaz Asri Zainal Abidin atau MAZA oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).Dan telah menjadi isu yang amat besar dalam negar kita,tetapi apa yang pasti kedua-duanya adalah islam.

         Persoalannya kenapakah perkara sebegini boleh berlaku?prgaduhan antara umat islam sendiri dan seperti yang kita maklum kedua-duanya mempunyai pendidikan atau pengiktirafan yang tinggi dalam pendidikan islam.Adakah isu ini lebih besar daripada menyebar luaskan dakwah itu sendiri.

        Mungkin kita lupa dengan sejarah kejatuhan Kerajaan Abbasiyah yang terakhir yang menyaksikan banyak pergaduhan antara muslim itu sendiri dalam bab perbicangan ilmu yang tidak mendatangkan banyak faedah,kisahnya dibawah pemerintahan Khalifah Al-Musta'shim Billah yang diserang oleh tentera yang dipimpin Hulagu Khan dari Mogul.

        Jika pun ada masalah atau perselisihan faham antara islam tidak bolehkah menyelesainya dengan cara mudah,tidak perlu di uar-uarkan didalam media,kerana ini menjatuhkan dan mencemarkan agama Islam itu sendiri.Jika benar MAZA yang bersalah kenapa tidak ditunggu tamatnya ceramah untuk ditangkap dan jika benar dakwaan JAIS,kenapa Ustaz Asri tidak mendapatkan tauliah dari JAIS yang sudah lama memberi surat kepadanya.

       Dan saya amat bersetuju dengan nasihat daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam masalah ini seperti yang dinyatakan dalam HarakahDaily

      Walau macam mana pun setiap perbuatan kita akan dipersoal kelak

Sekian

Sunday, November 1, 2009

'Amar Ma'ruf Nahi Mungkar Ustaz Asri



KUALA LUMPUR 1 Nov. – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin selepas beliau menyampaikan kuliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay dekat sini, malam ini.

           Penahanan Mohd. Asri pada pukul 12 tengah malam itu disebabkan beliau menyampaikan kuliah tanpa tauliah.

           Bagaimanapun beliau dibebaskan selepas keterangannya diambil hampir sejam di balai polis Ulu Klang.

Nov 2, 09. - Pemuda PAS hari ini menyatakan kesediaannya untuk bertemu sendiri Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung perkara tersebut yang dikaitkan dengan isu pengajaran tanpa tauliah rasmi.

"Dewan Pemuda PAS bersedia untuk mengadakan dialog dengan pihak mufti negeri atau pengarah JAIS bagi menangani isu seperti ini (pentauliahan) demi masa depan dakwah Islam di negeri Selangor.

"Insya Allah Dewan Pemuda PAS akan membuat temujanji dengan pengarah JAIS dalam masa terdekat untuk tujuan tersebut," kata ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan.

Kemaskini 1.00 petang:|GOMBAK, 2 Nov: Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin membidas sikap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana tidak profesional, sambil lewa dan memungkiri janji apabila tiada wakil atau pendakwa daripada Jais yang hadir ke Mahkamah Syariah sebentar tadi.

             Beliau yang dibebaskan oleh pihak mahkamah tanpa sebarang pertuduhan dan perbicaraan menyifatkan Jais tidak wajar memperlakukannya seperti itu sehingga menyusahkan pelbagai pihak.

1) Saya sangat kesal dengan tindakan JAIS yang menggunakan kuasa sewenang - wenangnya untuk menangkap penceramah agama dan alim ulama' semata - mata kerana mereka tidak memiliki tauliah sewaktu menyampaikan kuliah agama di negeri Selangor , sedang JAIS boleh menumpukan operasi membenteras aktiviti maksiat dan mungkar yang masih berleluasa di negeri Selangor .

 2) Tambah malang apabila mereka turut mensasarkan penceramah agama yang sememangnya memiliki ijazah dalam bidang agama , pula diiktiraf kesarjanaan mereka oleh universiti yang menganugerahkan sijil pengiktirafan ilmu seperti BA , MA dan Phd .

3) Adakah ini yang dikatakan 'amar ma'ruf nahi mungkar,sedangkan orang yang sedang menyampaikan dakwah pun ditahan,sudah bertahun Ustaz Asri menyebar secara lisan dan bertulis.Kalau lah dia (Ustaz Asri) membawa ajaran sesat @ tiada tauliah kenapa tidak diambil tindakan dari dulu lagi?dan kenapa dia dilantik sebagai Mufti Perlis?ini jelas menunjukkan adanya tangan ghaib yang tidak senang dengan aktiviti dakwah.

4) Mungkin JAIS di Selangor sudah habis kerja 'amar makruf nahi mungkarnya,dan mungkin sudah tidak ada lagi maksiat yang berlaku dinegeri Selangor.Mungkin juga pusat-pusat pelacuran dan judi itu dosa kecil jika dibandingkan dengan menyampaikan ceramah tanpa kuliah.

5) Berikut adalah video penahanan Ustaz Asri Semalam :-

Kemerosotan Timbul Dari Sistem Kapitalis




Negeri pakatan pembangkang merosot

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Selepas puluhan tahun Barisan Nasional (BN) berjaya mentadbir dan memajukan beberapa negeri seperti Selangor dan Kedah, kini sudah ada tanda pembangunan di negeri terlibat mungkin merosot.

             Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelbagai isu politik yang membelenggu negeri terbabit akibat masalah kerjasama parti-parti dalam pakatan pembangkang akan membawa kesan pentadbiran yang amat buruk sehingga mengganggu perjalanan pembangunan.

               Katanya, perkara itu adalah antara yang paling dibimbanginya, begitu juga para pemimpin BN yang lain.

              Tambahnya, rakyat dan pengundi akan menjadi mangsa terhadap kemelut yang berlaku dalam pakatan pembangkang.

"Ini saya bimbang, kalau ada beberapa tahun lagi mereka mentadbir di negeri-negeri yang mereka ada kuasa tetapi tidak ditadbir dengan baik, jadi apa yang sudah kita bangunkan sebelum ini di bawah kerajaan BN mungkin akan merosot dan kesannya ialah nasib hidup rakyat dan pengundi di negeri yang berkenaan akan sulit," katanya.

               Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Pengurusan Aset dan Kemudahan Negara (Nafam) 2009 di sini hari ini.

               Muhyiddin mengulas kenyataan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dalam blognya yang mengakui pakatan pembangkang sedang melalui krisis kehilangan keyakinan daripada rakyat sejak lapan bulan yang lalu.

              Hakisan keyakinan itu katanya, berpunca daripada kegagalan pemimpin pakatan pembangkang sendiri untuk melaksanakan tanggungjawab dan disiplin dalam parti masing-masing bagi meyakinkan pengundi Malaysia berhubung kredibiliti, integriti dan perpaduan antara mereka.

               Menurut Muhyiddin, adalah sesuatu yang amat baik apabila Kit Siang sendiri sudah mengakui bahawa para pemimpin pakatan pembangkang mempunyai masalah untuk bersatu dan bekerjasama.

"Kalau Kedah kerajaan Pas dan DAP, di Selangor antara Datuk Dr. Hasan Ali dengan Menteri Besar, begitu juga di Pulau Pinang, kalau Kit Siang sendiri sudah akui mereka tidak ada kepimpinan, ia harus menyedarkan rakyat bahawa pakatan pembangkang tidak ada kemampuan," katanya.

                Sehubungan itu Muhyiddin meminta rakyat menilai situasi secara mendalam bagi melihat masalah yang sebenarnya wujud.

                Beliau juga meminta rakyat menilai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN yang telah lama memiliki pengalaman untuk memajukan negara.

                Menurutnya, bukan setakat di negeri-negeri tetapi di peringkat dalaman parti juga berkocak dengan pelbagai masalah yang cuba ditutup sepanjang masa oleh pakatan pembangkang.

"Kalau ambil parti-parti komponen mereka, Pas juga berhadapan dengan konflik yang hebat, DAP nampak okay tetapi sebenarnya tidak okay, PKR pun begitu juga," katanya.

              Beliau berkata, kemelut kepimpinan dalaman yang melanda Pas kini adalah satu bukti terhadap kenyataan itu.

Sumber: Utusan Malaysia 27/10/09

               Bukanlah suatu perkara yang asing, jika di dalam sistem sekular terdapat parti yang saling memburukkan antara satu sama lain, demi untuk menempatkan posisi yang tebaik di dalam sesebuah pemerintahan. Jika TPM Malaysia mendakwa bahawa Pakatan Rakyat gagal memerintah negeri yang dikuasainya pada PRU ke-12 yang lalu, adakah BN yang telah memerintah lebih lama telah terbukti berjaya memakmurkan negara Malaysia sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyatnya?

”Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusi, supay Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”. [TMQ Ar-Rum(30): 41]

                Muhammad Ali Ashabuni di dalam Shafwah at-Tafasir menyatakan, bahawa yang dimaksud dengan bima kasabat ayd an-nas dalam ayat ini adalah bi sababi ma’asi an-nas wa dzunubihim (kerana kemaksiatan-kemaksiatan dan dosa-dosa manusia). Maksiat adalah setiap pelanggaran terhadap hukum Allah SWT, iaitu dengan melakukan keharaman dan meninggalkan kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, dan bagi pelakunya akan mendapat dosa. Seharusnya ini difahami oleh TPM Malaysia dan semua orang yang sedang berjuang di jalur demokrasi-sekular. Dan ketahuilah bahawa setiap penyimpangan terhadap hukum Allah akan menimbulkan fasad (kerosakan), samaada akan menimpa kepada pelakunya atau kepada orang sekeliling (masyarakat). (Pengantar Ekonomi Islam, Ismail Yusanto)

                 Tidak kira sama ada BN atau Pakatan Rakyat yang memerintah, jika bukan undang-undang Islam yang ditegakkan dan diperjuangkan, maka selama itulah kerosakan (fasad) akan terus bermaharajalela. Ini kerana, kemajuan dan kemakmuran bukan hanya disandarkan kepada banyaknya bangunan pencakar langit yang dibina, atau canggihnya lapangan terbang yang dibuat. Akan tetapi, Islam memberi panduan, bahawa sesungguhnya alam ini akan terjadi kerosakan, tatkala ia tidak diatur dengan cara yang Islam berikan. Dalam ekonomi misalnya, krisis kejatuhan ekonomi yang berlaku dalam beberapa siri yang lalu, yang menyebabkan nilai mata wang dolar Amerika runtuh, dan majoriti negara di seluruh dunia turut terkena tempias kepada ‘bencana ekonomi’ ini, adalah disebabkan kita tidak menerapkan Sistem Ekonomi Islam. Apa yang pasti, di dalam sesebuah negara yang mengamalkan dasar Ideologi Kapitalis, yang miskin semakin miskin, dan yang kaya akan semakin menjulang kekayaannya. Abul ‘Aliah menyatakan;

                  Siapa sahaja yang menderhakai Allah di muka bumi, maka ia telah membuat kerosakan di muka bumi, kerana kebaikan di langit dan di bumi adalah dengan cara mentaati-Nya” (Tafsir Ibnu Katsir)

                 Selama mana kita masih menggunakan hukum selain hukum Allah SWT di dalam kehidupan, maka selama itulah kerosakan akan menimpa kita. Maka dari itu, kami seru kepada BN dan Parti Politik lainnya, agar kembali menjadikan Islam sebagai dasar dalam segala aspek, baik dalam politik, ekonomi, pendidikan, sosial, hukuman (uqubat) dan lain-lainnya.
 

Persediaan Musin Peperiksaan





            Waktu exam/peperiksaan makin hampir terutamanya SPM,tetapi ade jgak peperiksaan yang sedang berlalu dan juga sudah berlalu.Tidak lupa juga pada mahasiswa yang sedang dan akan menempuh final exam.

           Disini saya hanya ingin berkongsi sahaja,kerana motivasi hanyalah satu pencetus semangat untuk kalian,apa yang penting adalah keredhaan Ibu dan bapa dalam mencapai misi kejayaan di dunia dan di akhirat.

Pintalah kepada Allah SWT kerana Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan Doa..

BERDOALAH....


- Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa Pada Hari Peperiksaan

Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku
















Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More