Wednesday, May 12, 2010

ALASAN PALING TOP UNTUK TIDAK BERTUDUNG


1.           Mereka kurang tahu tentang dalil-dalil dari al-Quran dan al-Hadis mengenai kewajiban menutupi aurat dan bertudung. Mereka kata, “Maaf, kami tak tau pun?” Mereka juga kurang tahu akan pengertian aurat. Mereka tidak kenal dengan alim ulama dan mereka juga tidak mahu atau mungkin tidak berpeluang mendekati alim ulama. So, kalau dah tak tau usahakanlah untuk ambil tau.



2.           Alasan kedua, “menutup aurat dan bertudung ni panas dan merimaskan lah”. Tapi tidak terfikirkah mereka betapa panasnya lagi neraka di kemudian hari yang mana akhirat itu adalah tempat yang lebih kekal berbanding dunia fana yang sementara ini. Emmm… tapi, kenapa ramai jugak mengatakan bahawa dengan bertudung dan menutup aurat ni diri mereka berasa lebih selesa dan tenteram. Then, kenapa mereka boleh, ada pulak sibuk kata tak boleh?




3.           Mereka kata lagi, “orang yang pakai tudung pun belum tentu baik perangainya”. Jadi, adakah itu alasannya untuk tidak memakai tudung? maknanya yang kata camtu baik kot… Sebenarnya dua-dua pun tak kena (sama-sama tak baik). Kalau perangai tak baik, itu pun tak elok. Then, kalau tak pakai tudung pun lagi lah tak elok. Sebenarnya, dalam kehidupan sebagai seorang muslim, asasnya adalah ketaqwaan dan keimanan iaitu seberapa taat kita kepada ALLAH Tuhan Yang Maha Menciptakan kita. Soal siapa baik tidak sepatutnya timbul. Tetapi, persoalan yang patut kita fikirkan ialah siapakah yang lebih takwanya disisi ALLAH. Adakah kita sudah cukup baik disisi ALLAH atau apakah usaha kita untuk menambahkan takwa kita? tambahan pula menutup aurat itu adalah wajib.





4.           Baiklah, ada juga di kalangan yang tidak menutup aurat ni sebenarnya semua tahu aurat tu wajib ditutup (dengan sempurna). Tapi, macam ni pulak katanya, “belum sampai serulah nak tutup aurat”. Seolah-olah, ketetapan ALLAH tu macam tak penting jer dan boleh tangguh-tangguh pulak… Tapi persoalannya, adakah nak mati tu ada tarikh-tarikhnya yang diberitahu telebih dahulu atau diseru terlebih dahulu. Ada ke dalam Quran kata, hukum tu boleh ditangguh-tangguhkan ikut suka-suka hati? Belum sampai seru juga membawa maksud, “hidayah belum sampai”. Emmm, persoalannya, dah kalau tak usahakan dan cari hidayah tu, manalah nak datangnya hidayah? Dah kalau hidup pun sukakan kepada yang tak baik (melanggar ketetapan ALLAH) ada ke hidayah tu nak datang dekat pada diri kita? Setiap manusia tidak tahu suratan Luh Mahfz masing-masing.




5.           Lagi, ada yang merasakan sudah cukup bagus dan bergaya dengan gaya yang ditampilkan. Ada yang fikir, itulah gaya yang “up to date” dan moden. Tetapi persoalannya, apakah tujuan sebenarnya kehidupan kita di muka bumi ini? Tak terfikirkah kita… adakah gaya yang ditampilkan itu menepati kehendak ALLAH S.W.T dan cukup bagus disisi-NYA atau pun tidak? Pada hakikatnya islam pun mempunyai gaya dan identitinya sendiri, rasanya tak perlulah kita mencedok budaya atau gaya yang bertentangan dengan agama Islam yang syumul




6.           Alasan seterusnya, “Kami tak tau pun, penting sangat ke perkara ni?” Mereka mungkin tidak faham secara keseluruhannya apa itu kehendak Islam. Inilah yang paling menyedihkan. Dan lebih teruk lagi, ada yang tidak mahu untuk menimba ilmu yang berkaitan.






7.           Lagi “Apa baiknya menutup aurat ni?” Paling teruk lagi,  mungkin meragui al-Quran. So, kenapa tak kaji bersungguh-sungguh al-Quran? Sedangkan, orang yang bukan Islam pun boleh masuk Islam apabila mereka mengerti akan Islam dan al-Quran dengan baik. Tapi, macam mana dengan kita yang dah Islam ni?




8.           Lagi alasan  “orang yang hebat-hebat macam menteri, professor, doctor, artis dan cikgu saya pun tak pakai tudung… kenapa mesti saya pakai tudung?”. Emmm, kenapa nak tengok kepada ‘title dan darjat’, Kenapa tak nak tengok kepada orang-orang yang beriman dengan baik terhadap suruhan ALLAH? Kenapa tak dikaji, atau tanya orang yang pakar bab-bab agama?





9.           Ada juga mungkin boleh kata begini, “Eh! Astora Jabat kata boleh apa tak pakai tudung, bukan salah mana pun?”Mungkin juga mereka ni orang-orang dan pengikut Astora Jabat kot.. ( Orang yang dianggap banyak menyelewengkan fakta agama melalui tulisannya di akhbar-akhbar perdana). Mufti pun dah sepakat mengatakan Astora Jabat ni orang yang bermasalah, tak kan la kita nak ikut kan..




10.           Akhir sekali, mungkin memang tak mahu terima kenyataan terhadap kebenaran yang hakiki. Hati yang penuh dengan kebencian terhadap kebenaran. Ada selalu berkata, “Eh, aku punya suka la! Ko apa sibuk?” “Kalau berdosa pun, aku yang berdosa, bukannya korang!” Kalau dah sampai tahap ni… memang tak tau nak kata apalah. Hanya ALLAH yang boleh menyelamatkan… itu pun jika DIA menghendakinya. Dan ketahuilah, sesungguhnya ALLAH sentiasa menghendaki kamu bersegera kepada taubat. Tetapi manusialah yang selalunya bertindak sombong dan bencikan kebenaran yang telah ditetapkan oleh ALLAH.

Moga-moga kita dapat kenang balik dan ambil manfaat dari artikel diatas. Yang baik jadikan tauladan, yang tak baik jangan jadikan sempadan tapi p letak jauh-jauh, jadikan orang dekat dengan kita mahupun sempadan dengan kita semua orang baik-baik.

Wallahu'alam...

4 comments:

semua orang akan berubah...pakai tudung sebab allah..bukan pakai tudung sbb kna paksa atau takut dgn mu;ut org nak mengata..
alllah ja yang dpt judge kita..

kalau semua org allah mulakan dgn niat baik2..maka xda la hidayah untuk dia beri pada hamba dia.:)

contoh byk..dari xpakai tdg then bertudung..dri xpegang pada agama then pegang..;)

hye salam kenal:)

terima kasih kerana berkongsi :)
suka artikel ni.

to safiyyahosman : betul tu, kita pun berharap dan berdoa semoga kita semua akan dapat berubah kepada yang lebih baik,walaupun artikel ni untuk wanita,kita sebagai lelaki pn mesti ambil iktibar..

salam kenal juga ^_^

salam..
malah ada juga dengan megahnya mempertahankan diri dgn berkata 'Don't judge the book by it's cover'..mereka berkata walaupun mereka tidak bertudung tp hati baik & tetap pelihara solat.
tapi x terfikirkan oleh mereka,adakah alasan ini diterima di hari pembalasan kelak..niat tidak menghalalkan cara..
nice entry bro!! n_n

http://www.stormreaders.net/mNasir
http://my-senseaddress.blogspot.com

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More