Friday, April 9, 2010

Satu lagi pilihanraya kecil di Parlimen Sibu


              Pilihanraya Hulu Selangor belum lagi bermula,satu pilihanraya kecil lagi akan di adakan di satu Parlimen di Sarawak iaitu di Parlimen Sibu.

              Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau yang juga anggota parlimen bandar Sibu meninggal dunia di Hospital Selayang, hari ini akibat barah.

Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil - yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008.

Ia juga merupakan pilihan raya kecil kedua di Sarawak selepas DUN Batang Ai.

Pilihan raya kecil tersebut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh berlaku kekosongan.

Banyak sangat pulak pilihanraya selepas PRU13 2008 2 tahun lepas,walau bagaimana pun rakyat sudah saksikan rentetan kemenangan dan kekalahan yang berlaku dalam pilihan raya kecil sejak bermula dengan pilihanraya di Parlimen Permatang Pauh Pada 26 ogos 2008.

 Kedua-dua hasil pilihanraya ini memang akan memberi impak yang besar dalam negara lebih-lebih lagi untuk PRU13 yang akan tiba tidak lama lagi

Agak-agak korang sapa yang akan menang dan sapa yang akan mendapat impak yang paling besar??

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More