Tokoh Muslimah Sepanjang Zaman

Dari: "Tokoh-tokoh Wanita di Sekitar Rasulullah SAW" karangan Muhammad Ibrahim Saliim. Diketik oleh: Hanies Ambarsari..

Negara yang Memiliki Populasi Muslim Paling Banyak di Dunia

Tahukah Anda, negara yang memiliki populasi muslim paling banyak di dunia?? saya cuba cari data nya dan alhamdulillah menemukan data yang terpercaya, berikut ini saya cuba informasikan 10 negara dengan populasi muslim terbanyak di dunia lengkap dengan jumlah populasi nya.

Gambar Muslimah Di Facebook

Dulu2 saya ada ditanya oleh bekas pelajar sy ada bertanya tentang muslimah yang menayangkan pelbagai gambar didalam blog freindster dan facebook..

Pasukan Bolasepak Paling Mahal

Manchester United merupakan kelab terkaya di dunia, hasil pemasaran bijak bagi pangkalan penggemar di seluruh dunia..

Siapa Pengasas Makanan Terkenal Dunia

Wednesday, May 5, 2010

Jom Uji Mata Anda

Anda rasa mata anda masih lagi ok? jom kita uji mata siapa yang juling... ^_^



Cuba kira berapa bilangan titik hitam dalam gambar tersebut..


Apa yang anda nampak?
J = muka orang & eskimo




Ada kotak ke kat tengah tu?



Sebenarnya garis kelabu tidak bengkok pun



Kelihatan berombak kan?


Ini pun berombak juga kan...



Apakan gambar ini bagi anda?
katak atau kuda?



Berapa buah kapal dan jambatan yang anda nampak?



Yang ini pulak apa kes?



Terakhir sekali kalau mata anda bersih anda akan nampak sepatutnya

J = gambar lampu


Harap anda semua tidak juling dan bersih :-)

Tuesday, May 4, 2010

Manusia Tanpa Kepala


Betul ke video ni menunjukan seorang lelaki tanpa kepala? atau hanya di edit?
apa pandangan anda?


Monday, May 3, 2010

Siapa Pengasas Makanan Terkenal Dunia

KFC 1955 - Amerika Utara
Kolonel Harland Sanders ( 1890 )

 Nestle 1866 – Germany
Henri Nestle (1814 – 1890)

 Pepsi 1890 – USA
Caleb Davis Bradham (1867 – 1934)


 Lipton 1908 – UK
Sir Thomas Sullivan Lipton (1848 – 1931)


Ferrero Rocher 1946 – Italy
Pietro Ferrero


 Kellogg’s 1906 – USA
W.K. Kellogg (1860 – 1951)


 Coca-cola 1888 – USA
John Pemberton (1831 – 1888)


Mac McDonald's 1953 - California
Dick dan Mac McDonald

Ranking Terkini top 10 Social Networking


Jom kita tengok ranking terkini social networking may 2010

1) Facebook

Ranking ke 2 di eBizMBA | 250,000,000 - Pelawat setiap Bulan | Ranking ke 2 di Compete | Ranking ke 2 di Quantcast  | Ranking ke 2 di Alexa .

2) Myspace
Ranking ke 16 di eBizMBA | 122,000,000 - Pelawat setiap bulan | Ranking ke 16 di Compete | Ranking ke 16 di Quantcast | Ranking ke 17 di Alexa.

3) Twitter
Ranking ke 28 di eBizMBA | 80,500,000 - Pelawat setiap bulan | Ranking ke 42 Compete | Ranking ke 31 di Quantcast | Ranking ke 12 Alexa.

4) Linkedin
Ranking ke 45 di eBizMBA | 50,000,000 - Pelawat setiap bulan | Ranking ke 60 di Compete | Ranking ke 46 di Quantcast | Ranking ke 29 di Alexa.

5) Ning
Ranking ke 143 di eBizMBA | 42,000,000 - Pelawat setiap bulan | Ranking ke 191 di Compete | Ranking 112 di Quantcast | Ranking ke 127 di Alexa.

6) Tagged
Ranking ke 225 di eBizMBA | 30,000,000 - Pelawat setiap bulan | Ranking ke 382 di Compete | Ranking ke 151 di Quantcast | Ranking ke 141 di Alexa.

7) Classmates




Ranking ke 228 di eBizMBA | 29,000,000 - Pelawat setiap bulan | Ranking ke 487 di Compete | Ranking ke 425 di Quantcast | Ranking ke 969 di Alexa.

8) Hi5
Ranking ke 479 di eBizMBA | 27,000,000 - Pelawat setiap bulan | Ranking ke 983 di Compete | Ranking ke 392 di Quantcast | Ranking ke 62 Alexa.

9) Myyearbook
Ranking ke 617 di  eBizMBA | 12,000,000 - Pelawat setiap bulan | Ranking ke 522 di Compete | Ranking ke 293 di Quantcast | Ranking 1,036 di Alexa.

10) Meetup
Ranking ke 635 di eBizMBA | 8,000,000 - Pelawat setiap bulan |Ranking ke 644 di Compete |Ranking ke 732 di Quantcast | Ranking ke 528 di Alexa.


Begitulah top 10 social networking di dunia. Nampaknya friendster tidak tersenarai dalam top 10 world social networking.

Sunday, May 2, 2010

Fakta Yang Perlu Anda Tahu



Di bawah ada beberapa fakta yang perl kita tahu..suka hati la nak renung ke nak ape ke nak tinggalkan komen lagi bagus :-)


* Nama yang paling banyak digunakan di dunia adalah Mohammed.

* Satu-satunya makanan yang tidak akan busuk? Jawapan : madu.

* Siput boleh tidur selama 3 tahun.

* Dalam 18 bulan, 2 ekor tikus membiak lebih dari sejuta anak tikus!

* Memakai headphone selama satu jam dapat menstimulasi perkembangan bakteria dalam telinga sebanyak   700 kali ganda!

* Setiap lipstik mengandung sisik ikan.

* Apa persamaan baju kalis peluru, printer laser, tangga kecemasan dan wiper kenderaan? Jawapannya : semua ditemukan oleh perempuan ! Ha !

*Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

*Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 Jenis bahan kimia.

*Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

*Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

*Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

*Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

*Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.

*Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

*Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.

*Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

*Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

*Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

*Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

*Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

*Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

*Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.


*Purata pengguna facebook adalah wanita lebih ramai berbanding lelaki


*Pengguna facebook di Malaysia 3,425,300 pengguna



Kisah Lawak : Abu Nawas



Abu Nawas adalah seorang yang cerdik dan mempunyai pemikiran yang luas, tetapi perwatakannya sangat melucukan dan menjadi bahan ketawa kepada orang ramai pada masa itu. Beliau sangat disanjungi dan disayangi oleh Khalifah Harun Al-Rashid.
Pada suatu hari Abu Nawas pergi ke pasar untuk berjumpa kawan-kawannya. Keadaan pasar pada pagi itu sibuk dengan orang ramai yang sedang membeli belah. Apabila tiba sahaja di pasar Abu Nawas berkata "Hai kawan-kawanku, aku sangat benci kepada yang hak dan sangat cinta kepada fitnah" dan beliau berkata lagi "Aku sesungguhnya pada hari ini sangat kaya malah lebih kaya daripada Allah". Orang ramai yang mendengar ucapan Abu Nawas mulai rasa curiga dan menuduh Abu Nawas sudah tidak siuman lagi karana semua orang sangat mencintai kepada perkara yang hak dan membenci kepada fitnah dan sesungguhnya Allah maha kaya dari sekelian makhlukNya.
Orang ramai yang berada disitu telah menangkap Abu Nawas dan membawanya mengadap Khalifah Harun Al-Rashid. Orang ramai memberi tahu Khalifah Harun Al-Rashid tentang ucapan Abu Nawas di pasar tadi, Khalifah sangat marah dengan kata-kata Abu Nawas. Oleh kerana Khalifah adalah seorang pemerintah yang adil, beginda tidak terus menghukum Abu Nawas sehingga beliau benar-benar pasti akan kebenaran kata-kata Abu Nawas. Khalifah bertanya kepada Abu Nawas "Adakah benar kamu mengatakan bahawa kamu sangat membenci kepada yang hak dan mencintai kepada fitnah?". "Benar wahai Amirul Mukminin" jawab Abu Nawas. Khalifah bertanya lagi "Adakah benar kamu mengatakan bahawa kamu lebih kaya daripada Allah?". Jawab Abu Nawas "Benar wahai Amirul Mukminin".
Khalifah Harun Al-Rashid sangat marah kepada Abu Nawas kerana setahunya Abu Nawas adalah seorang yang alim dan sentiasa bertakwa kepada Allah. Khalifah berkata "Apakah yang telah terjadi kepada kamu?. Telah kafirkah kamu kerana sanggup mengucapkan kata-kata tersebut?". Abu Nawas tersenyum dan berkata "Sabarlah wahai Amirul Mukminin, dengarlah dahulu penjelasan hamba" "Apa yang kamu hendak jelaskan lagi, bukankah kata-kata kamu sudah jelas dan nyata" jawab Khalifah. "Begini wahai Amirul Mukminin" jawab Abu Nawas dan menyambungnya lagi "Aku sering mendengar orang membaca talkin bahawa mati itu adalah hak dan neraka adalah hak, bukankah mati dan neraka sangat dibenci oleh orang ramai" "Saya rasa Amirul Mukminin juga membenci akan mati dan neraka sama seperti saya membencinya" kara Abu Nawas. Khalifah Harun Al-Rashid mengangguk-nganggukkan kepalanya menandakan kebenaran kata-kata Abu Nawas.
"Bagaimana pula dengan kata-kata mu bahwa kamu sangat mencintai kepada fitnah" kata Khalifah. Jawab Abu Nawas "Anak dan Harta boleh membawa kepada fitnah, tidak ada seorang pun yang membenci akan anak dan harta. Khalifah sendiri sangat mencintai anak dan suka mengumpulkan harta". Khalifah sekali menganggukkan kepalanya sebagai menandakan kebenaran kata-kata Abu Nawas.
Khalifah Harun Al-Rahid bertanya lagi "Terangkan kepada ku bagimana kamu mengatakan bahawa kamu lebih kaya daripada Allah". Abu Nawas menjawab dengan selamba "Saya mempunyai ramai anak sedangkan Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan". Orang ramai yang berada disitu berasa lega dan berpuas hati diatas penjelasan Abu Nawas. Mereka pun beredar dari situ untuk meneruskan aktiviti masing-masing.
Khalifah Harun Al-Rashid memberikah hadiah kepada Abu Nawas diatas kebijaksanaannya dan berkata berkata kepada Abu Nawas "Apakah sebenarnya yang menyebabkan kamu mengucapkan kata-kata tersebut di khalayak ramai". Abu Nawas menjawab bahwa dia ingin berjumpa dengan Amirul Mukminin, hanya dengan cara itu sahajalah dia dapat berjumpa dengan Amirul Mukmini.
Setelah berbual-bual dengan Khalifah Harun Al-Rashid, Abu Nawas memohon diri dan beredar dari situ.

perhatikanlah ayat ini
”Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu adalah fitnah dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.” (Al-Anfal: 28)

Saturday, May 1, 2010

Sejarah Hari Buruh


Salam cuti hari buruh,hari buruh cuti blogger pun cuti jgak la kot.Tapi tahu kah kita bagaimana boleh terjadinya sejarah hari buruh ini?

Jom kita baca

Setiap tanggal 1 Mei, kaum buruh dari seluruh dunia memperingati peristiwa besar demonstrasi kaum buruh di Amerika Syarikat pada tahun 1886, yang menuntut hak menjadi lapan jam kerja.

Tuntutan ini berkaitan dengan keadaan waktu itu, ketika kaum buruh dipaksa bekerja selama 12 sampai 16 jam setiap hari. Demonstrasi besar yang berlangsung sejak April 1886 pada awalnya didukung oleh sekitar 250 ribu buruh.
Dalam jangka waktu dua minggu membesar menjadi sekitar 350 ribu buruh. Kota Chicago adalah pusat gerakan diikuti oleh sekitar 90 ribu buruh. Di New York, demonstrasi yang sama diikuti oleh sekitar 10 ribu buruh, di Detroit diikuti 11 ribu buruh. Demonstrasi pun menjalar ke pelbagai kota seperti Louisville dan di Baltimore demonstrasi mempersatukan buruh berkulit putih dan hitam. Sampai pada tanggal 1 Mei 1886, demonstrasi yang menjalar dari Maine ke Texas, dan dari New Jersey ke Alabama diikuti oleh setengah juta buruh di negeri tersebut.
Perkembangan ini memancing reaksi yang juga besar dari kalangan pengusaha dan pejabat pemerintahan setempat saat itu. Melalui Chicago’s Commercial Club, dikeluarkan dana sekitar US$ 2.000 untuk membeli peralatan senjata mesin guna menghadapi demonstrasi. Demonstrasi damai menuntut pengurangan jam kerja itu pun berakhir dengan korban dan kerusuhan. Sekitar 180 polis menghadang demonstrasi dan memerintahkan agar demonstran membubarkan diri.
Sebuah bom meletup di dekat barisan polis. Polis pun membabi-buta menembak buruh yang berdemonstrasi. Akibatnya korban dari pihak buruh pada tanggal 3 Mei 1886, empat orang buruh meninggal dan puluhan lainnya cedera. Dengan tuduhan terlibat dalam pemboman lapan orang aktivis buruh ditangkap dan dipenjarakan. Akibat dari tindakan ini, polis menerapkan pelarangan terhadap setiap demonstrasi buruh. Namun kaum buruh tidak begitu saja menyerah dan pada tahun 1888 kembali melakukan aksi dengan tuntutan yang sama. Selain itu, juga memutuskan untuk kembali melakukan demonstrasi pada 1 Mei 1890.
Rangkaian demonstrasi yang terjadi pada saat itu, tidak hanya terjadi di Amerika Serikat. Bahkan menurut Rosa Luxemburg (1894), demonstrasi menuntut pengurangan jam kerja menjadi 8 jam perhari tersebut sebenarnya diinsipirasikan oleh demonstrasi serupa yang terjadi sebelumnya di Australia pada tahun 1856. Tuntutan pengurangan jam kerja juga singgah di Eropa. Saat itu, gerakan buruh di Eropa tengah menguat. Tentu saja, fenomena ini semakin mengentalkan kesatuan dalam gerakan buruh se-dunia dalam satu perjuangan.
Peristiwa monumental yang menjadi puncak dari persatuan gerakan buruh dunia adalah penyelenggaraan Kongres Buruh Internasional tahun 1889. Kongres yang dihadiri ratusan delegasi dari berbagai negara dan mempersetujui lapan jam kerja per hari menjadi tuntutan utama kaum buruh seluruh dunia. Selain itu, Kongres juga menyambut usulan delegasi buruh dari Amerika Serikat yang menyerukan pemogokan umum 1 Mei 1890 guna menuntut pengurangan jam kerja dengan menjadikan tanggal 1 Mei sebagai Hari Buruh se-Dunia.
Lapan jam/hari atau 40 jam/minggu (lima hari kerja) telah ditetapkan menjadi standart perburuhan internasional oleh ILO melalui Konvensi ILO no. 01 tahun 1919 dan Konvensi no. 47 tahun 1935. Khususnya untuk konvensi no. 47 tahun 1935, sampai saat ini, baru 14 negara yang menandatangani konvensi tersebut. Ditetapkannya konvensi tersebut merupakan suatu pengakuan antarabangsa yang secara tidak langsung merupakan buah dari perjuangan kaum buruh se-dunia untuk mendapatkan pekerjaan yang layak. Penetapan 8 jam kerja per hari sebagai salah satu ketentuan utama dalam hubungan industrial perburuhan adalah penanda berakhirnya bentuk-bentuk kerja-paksa dan perbudakan yang bersembunyi di balik hubungan industri.
Mahu lagi info disini
 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More