Tokoh Muslimah Sepanjang Zaman

Dari: "Tokoh-tokoh Wanita di Sekitar Rasulullah SAW" karangan Muhammad Ibrahim Saliim. Diketik oleh: Hanies Ambarsari..

Negara yang Memiliki Populasi Muslim Paling Banyak di Dunia

Tahukah Anda, negara yang memiliki populasi muslim paling banyak di dunia?? saya cuba cari data nya dan alhamdulillah menemukan data yang terpercaya, berikut ini saya cuba informasikan 10 negara dengan populasi muslim terbanyak di dunia lengkap dengan jumlah populasi nya.

Gambar Muslimah Di Facebook

Dulu2 saya ada ditanya oleh bekas pelajar sy ada bertanya tentang muslimah yang menayangkan pelbagai gambar didalam blog freindster dan facebook..

Pasukan Bolasepak Paling Mahal

Manchester United merupakan kelab terkaya di dunia, hasil pemasaran bijak bagi pangkalan penggemar di seluruh dunia..

Siapa Pengasas Makanan Terkenal Dunia

Friday, November 22, 2013

Sekilas Kisah Hidayah


بس الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Hanya seketika sahaja penulis ingin berkongsikan suatu kisah berkenaan kisah seorang wali Allah yang tidak asing lagi bagi kita iaitn kisah Rabiatul Adawiah. Kisah ini penulis telah mendengarinya di sebuah masjid di USJ8 pada awal Muharam 1435 hijrah beberapa hari lepas.

Apa yang penulis ingin kongsikan dalam cerita ini adalah pedoman yang boleh dikutip didalam kisah ini. Seandainya kisah ini palsu kita tidak akan kerugian apa-apa pun kerana kita hanya ingin mencedok pedoman darinya dan sekiranya palsu pun ia tidak akan membawa dosa pun kerana kerana ianya bukan lah hadis ataupun kisah dari Al-Quran. Dan Sekiranya kisah ini benar kita panjatkan syukur pada yang Esa.

Kisah bermuIa ketika mana Rabiatul Adawiah tengah khusyuk melakukan ibadah solat malam secara tiba-tiba rumahnya dimasuki seorang pencuri lalu sipencuri itu meminta barang yang berharga dari Rabiatul Adawiah. Walaupun telah diberitahu oleh Rabiatul Adawiah kepada pencuri itu bahawasanya beIiau tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan kepada pencuri itu, namun pencuri itu tetap mendesak.

Oleh yang demikian Rabiatul Adawiah berjanji untuk memberikan barangan berharga tetapi bersyarat. Syaratnya hanya lah pencuri itu perlu menunaikan dua rakaat solat sunat. Demi tidak pulang dengan tangan kosong pencuri itu sanggup untuk melaksanakan syarat tersebut.

Lalu setelah selesai berwudhu sipencuri itu terus menunaikan solat dua rakaat seorangan. Dalam pada masa yang sama Rabiatul Adawiah Menadah tangan dan berdoa kepada Allah.


            " Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya pemuda ini ingin mencari sesuatu yang berharga

               untuk dirinya,Ya Tuhanku bantu lah ia untuk mendapatkan sesuatu yang berharga

               untuk dirinya "


Selesai sahaja sipencuri itu selesai menunaikan solat dna rakaat maka sipencuri itu ingin keluar dengan bersahaja dan tangan kosong. Maka disoal Iah sipencuri akan Rabiatul Adawiah.


             " wahai orang muda kemana engkau ingin pergi? Sedangkan aku belum memberimu

               apa-apa yang berharga untukmu "


Lalu dijawab oleh sipencuri itu.


            " wahai orang tua, sememangnya aku mencari sesuatu yang berharga didalam rumah

              mu ini dan aku telahpun menemuinya didalam solat itu tadi iaitu sebuah hidayah

              yang berbentuk penginsafan"


LaIu sipemuda itu berlalu keluar dengan tangan kosong bersama penginsafan didada.


Begitulah kisah penginsafan seorang pencuri apabila mendapat hidayah dari yang Maha Mengampun.


Disini kita boleh melihat bahawa

1. Hidayah Allah itu hanya milik Allah dan bukan urusan manusia untuk menentukan siapa yang patut mendapat hidayah

2. Teruslah memohon kepada Yang Maha Memberi agar diberi petunjuk walau bagaimana keadaan kita ketika itu sekalipun

3. Janganlah terlalu mengkeji orang yang melakukan maksiat tanpa menghulurkan bantuan membimbingnya kepangkal jalan

4. Berdoalah bukan hanya untuk diri sendiri, berdoalah juga untuk orang lain mungkin kita akan lebih senang mendapat bantuan Tuhan.


Dan mungkin banyak lagi faedah yang boleh kita kutip dari kisah ini, Cuma bergantung kepada diri kita sahaja samada ingin memandangnya negatif atau positif.


                                        ذَٰلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَهْدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦ ۚ وَلَوْ أَشْرَكُوا۟ لَحَبِطَ عَنْهُم مَّا كَانُوا۟ يَعْمَلُون


Itulah petunjuk Allah, yang dengannya Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya. Seandainya mereka mempersekutukan Allah, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan.

QS. Al-Haj [22] : 16


"Doa seorang muslim untuk saudaranya di seberang sana sungguh mustajab. Di kepalanya ada malaikat yang ditugasi oleh Allah untuk mengucapkan 'amin' setiap kali ia mendoakan kebaikan buatnya. Malaikat itu juga berkata: 'Dan bagimu juga seperti itu'." (HR. Bukhari dan Ahmad)


Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama

Sekian wasalam ;-)


Friday, March 1, 2013

Meminta, malukah kita?




Sering kali apabila dilanda kesulitan dan kesukaran,ketika hati rasa luluh dan jatuh maka seringkali itulah akan ada susunan jari jemari menadah tangan memohon kepada Yang Maha Kuasa dengan keadaan yang rendah diri berharap agar diberikan kekuatan pada diri untuk menempuh kesulitan tersebut.

Tetapi

Adakah seringkali itu juga akan terjadi bagi insan yang dalam keadaan kesenangan dan kegembiraan? Sebagai suatu tanda kesyukuran terhadap Yang Maha Memberi.

Itulah yang sering terjadi,jarang sekali untuk mengingati Yang Maha Pengasih ketika berada dilautan kesenangan. Apa yang sering terjadi ketika jatuh tersungkur baharu teringat kepada Yang Maha Pencipta.

Dan insan itu adalah kita semua yang bergelar hamba Allah.

Ada satu kisah Syeikh Ibrahim Adham seorang yang rapat dengan Yang Maha Pencipta ditanya oleh beberapa orang tentang mengapa doa mereka tidak diterima. Lalu dijawab oleh Syeikh Ibrahim Adham mungkin hati mereka mati dan antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Cuba kita perhatikan antara kesepuluh yang disenaraikan oleh Syeikh Ibrahim Adham adakah ada pada kita salah satu dari perkara-perkara tersebut? Mohonlah kepada yang maha mendengar agar kita terlepas dari senarai diatas.

 Mematuhi aturan yang betul dalam meminta atau berdoa kepada Allah adalah antara syarat untuk termakbulnya doa, disini tidak akan dilanpirkan prosedur untuk berdoa itu akan tetapi suatu renungan adab berdoa berdasarkan beberapa ayat yang telah lama diwahyukan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W sebagai perbandingan dalam keadaan kita yang sering berlaku.

 Firman Allah dalam Surah Al-Fatihah :
 إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ 
“Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.” (Al-Faatihah : 5) 

 Ayat ini mendahulukan peribadatan dalam keadaan mengabdikan diri dahulu kemudian datangnya untuk memohon pertolongan. Janganlah kita menjadi sesuatu terbalik dari itu, apabila ingin memohon pertolongan baharu Allah hendak diingat dan ibadat pun hendak dilaksanakan, tetapi jika tidak terasa pada diri untuk memohon apa-apa maka ibadat ditinggalkan Allah sendiri dilupakan.



 Dalam Surah Al-Baqarah juga dinyatakan maksud yang hampir sama dengan ayat diatas :

 وإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖفَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ 
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.” (Al-Baqarah : 186) 

 Ayat diatas juga menunjukan syarat memohon dan berdoa, iaitu mestilah menjadi seorang yang patuh akan perintah Allah serta menjadi orang yang beriman. Oleh itu, jika ketika waktunya kita memerlukan pertolongan terus dari Allah tiba-tiba terasa doa tidak termakbul, cuba kita analisis balik dengan apa yang kita buat dan lakukan adakah layak untuk kita mendapat pertolongan daripada Allah sedangkan syarat berdoa pun kita masih terhuyung-hayang.

 Sebagaimana juga dengan firman Allah :

 وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إ نَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

 “Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”(Al-Ghaafir : 40)

 Walau bagaimanapun kita sememangnya perlu untuk memohon kepada Allah untuk segala hal kerana sudah janjinya untuk memakbulkanya, akan tetapi tetap disertakan dengan syarat-syaratnya.

Siapa lagi tempat untuk kita meminta selain dari Yang Maha Pemberi? Semestinya kepada Allah S. W. T juga, kerana Dia lebih mengetahui tentang kita dan Dia lebih rapat dengan kita.

 وَلَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ, إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ 

 “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya, (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.” (QS. Qaaf: 16-18) 


Sememangnya bagi setiap insan itu mesti ada dua perasaan terhadap Allah iaitu Khauf (takut) dan Raja’(berharap). Kedua perasaan ini iaitu khauf takut terhadap Allah dalam melakukan perkara-perkara yang dilarangnya dan raja’ iaitu berharap penuh segala perkara terhadapNya.

Dengan kata lain teruskan berharap kepadaNya dalam memohon doa agar kita termasuk dalam golongan mereka yang selalu mengabdikan diri kepadaNya. Dan yakinlah setelah syarat berdoa kita telah penuhi bahawa Allah S.W.T akan memakbulkan doa dan juga permohonan kita sebagimana satu hadis yang mafhumnya :

 "Sesungguhnya Aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hambaKu,adalah Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku.Jika dia mengingati Aku dalam hatinya,maka Aku mengingati dia di dalam hatiKu,dan jika dia mengingati Aku dalam jamaah,maka Aku mengingati dia dalam jamaah yang lebih baik (iaitu dalam jamaah para malaikat yang maksum dan suci dari segala dosa).Apabila hamba Ku mendekati Ku sejengkal,maka Aku dekati dia sehasta.Apabila dia mendekati Aku sehasta,maka Aku dekati dia sedepa.Dan apabila dia datang kepada Ku berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari." (Hadith Riwayat Muslim)

 Jadi berkaitan dengan persoalan diatas jawapannya adalah subjektif antaranya dua jawapan yang dihadapkan disini :

1) Sememangnya kita patut malu meminta jika hendak dibandingkan dengan amal ibadat yang telah kita laksanakan.

2) Kita tidak sepatutnya malu untuk meminta denganNya kerana dimana lagi hendak meminta kalau bukan kepada Yang Maha Pemberi dan Dia lah yang paling rapat dengan kita,tetapi malu itu mesti ada.

 Setakat itu sahaja perkongsian untuk kali ini, seandai terdapat banyak kelompangan dalam penulisan ini harap ada yang sudi memperbaiki. Segala yang lemah dan buruk dijauhkan dan segala yang baik kita kongsikan semoga kita semua termasuk dalam golongan yang di kasihi Allah S.W.T. Wallahu’alam.

Wednesday, June 2, 2010

Tokoh Muslimah Sepanjang Zaman

Khadijah Binti Khuwailid

Dari: "Tokoh-tokoh Wanita di Sekitar Rasulullah SAW" karangan Muhammad Ibrahim Saliim.
Diketik oleh: Hanies Ambarsari. 
Tatkala Nabi SAW mengalami rintangan dan gangguan dari kaum lelaki Quraisy, maka di
sampingnya berdiri dua orang wanita. Kedua wanita itu berdiri di belakang da'wah Islamiah,
mendukung dan bekerja keras mengabdi kepada pemimpinnya, Muhammad SAW : Khadijah bin
Khuwailid dan Fatimah binti Asad. Ol eh karena itu Khadijah berhak menjadi wanita terbaik di
dunia. Bagaimana tidak menjadi seperti itu, dia adalah Ummul Mu'minin, sebaik-baik isteri dan
teladan yang baik bagi mereka yang mengikuti teladannya. 

Khadijah menyiapkan sebuah rumah yang nyaman bagi Nabi SAW sebelum beliau diangkat
menjadi Nabi dan membantunya ketika merenung di Gua Hira'. Khadijah adalah wanita pertama
yang beriman kepadanya ketika Nabi SAW berdoa (memohon) kepada Tuhannya. Khadijah
adalah sebaik-baik wanita yang menolongnya dengan jiwa, harta dan keluarga. Peri hidupnya
harum, kehidupannya penuh dengan kebajikan dan jiwanya sarat dengan kebaikan. 
Rasulullah SAW bersabda :"Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang ingkar, dia
membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan dan  dia menolongku dengan hartanya ketika
orang-orang tidak memberiku apa-apa." 

Kenapa kita bersusah payah mencari teladan di sana-sini, pada- hal di hadapan kita ada "wanita
terbaik di dunia," Khadijah binti Khu- wailid, Ummul Mu'minin yang setia dan taat,  yang
bergaul secara baik dengan suami dan membantunya di waktu berkhalwat sebelum diangkat
men- jadi Nabi dan meneguhkan serta membenarkannya. 

Khadijah mendahului semua orang dalam beriman kepada risalahnya, dan membantu beliau serta
kaum Muslimin dengan  jiwa, harta dan keluarga. Maka Allah SWT membalas jasanya terhadap
agama dan Nabi-Nya dengan se- baik-baik balasan dan memberinya kesenangan dan kenikmatan
di dalam is- tananya, sebagaimana yang diceritakan Nabi SAW, kepadanya pada masa hi-
dupnya.

Ketika Jibril A.S. datang kepada Nabi SAW, dia berkata :"Wahai, Rasulullah, inilah Khadijah
telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah dan makanan atau minuman. Apabila dia
datang kepadamu, sampaikan salam kepadanya dari Tuhannya dan aku, dan beritahukan
kepadanya tentang sebuah rumah di syurga dari mutiara yang tiada keributan di dalamnya dan
tidak ada kepayahan." [HR. Bukhari dalam "Fadhaail Ashhaabin Nabi SAW. Imam Adz-Dzahabi
berkata :"Keshahihannya telah disepakati."] 

Bukankah istana ini lebih baik daripada istana-istana di dunia, hai, orang-orang yang terpedaya
oleh dunia ?
Sayidah Khadijah r.a. adalah wanita pertama yang bergabung dengan rombongan orang Mu'min
yang orang pertama yang beriman kepada Allah di bumi sesudah Nabi SAW. Khadijah r.a.
membawa panji bersama Rasulullah SAW sejak saat pertama, berjihad dan bekerja keras. Dia
habiskan kekayaannya dan memusuhi kaumnya. Dia berdiri di belakang suami dan Nabinya
hingga nafas terakhir, dan patut menjadi teladan tertinggi bagi para wanita.

Betapa tidak, karena Khadijah r.a. adalah pendukung Nabi SAW sejak awal kenabian. Ar-Ruuhul
Amiin telah turun kepadanya pertama kali di sebuah gua di dalam gunung, lalu menyuruhnya
membaca ayat- ayat Kitab yang mulia, sesuai yang dikehendaki Allah SWT. Kemudian dia
menampakkan diri di jalannya, antara langit dan bumi. Dia tidak menoleh ke kanan maupun ke
kiri sehingga Nabi SAW melihatnya, lalu dia berhenti, tidak maju dan tidak mundur. Semua itu
terjadi ketika Nabi SAW berada di antara jalan-jalan gunung dalam keadaan kesepian, tiada
penghibur, teman, pembantu maupun penolong.

Nabi SAW tetap dalam sikap yang demikian itu hingga malaikat meninggalkannya. Kemudian,
beliau pergi kepada Khadijah dalam keadaan takut akibat yang didengar dan dilihatnya. Ketika
melihatnya, Khadijah berkata :"Dari mana engkau, wahai, Abal Qasim ? Demi Allah, aku telah
mengirim beberapa utusan untuk mencarimu hingga mereka tiba di Mekkah, kemudian kembali
kepadaku." Maka Rasulullah SAW menceritakan kisahnya kepada Khadijah r.a.
Khadijah r.a. berkata :"Gembiralah dan teguhlah, wahai, putera pamanku. Demi Allah yang
menguasai nyawaku, sungguh aku berharap engkau menjadi Nabi umat ini." Nabi SAW tidak
mendapatkan darinya, kecuali pe neguhan bagi hatinya, penggembiraan bagi dirinya dan
dukungan  bagi urusannya. Nabi SAW tidak pernah mendapatkan darinya sesuatu yang
menyedihkan, baik berupa penolakan, pendustaan, ejekan terhadapnya atau penghindaran
darinya. Akan tetapi Khadijah melapangkan dadanya, melenyapkan kesedihan, mendinginkan
hati dan meringankan urusannya. Demikian hendaknya wanita ideal. 

Itulah dia, Khadijah r.a., yang Allah SWT telah mengirim salam kepadanya. Maka turunlah Jibril
A.S. menyampaikan salam itu kepada Rasul SAW seraya berkata kepadanya :"Sampaikan
kepada Khadijah salam dari  Tuhannya. Kemudian Rasulullah SAW bersabda :"Wahai Khadijah,
ini Jibril menyampaikan salam kepadamu dari Tuhanmu." Maka Khadijah r.a. menjawab :"Allah
yang menurunkan salam (kesejahteraan), dari -Nya berasal salam (kesejahteraan), dan kepada
Jibril semoga diberikan salam (kesejahteraan)." 

Sesungguhnya ia adalah kedudukan yang tidak diperoleh seorang pun di antara para shahabat
yang terdahulu dan pertama masuk Islam serta khulafaur rasyidin. Hal itu disebabkan sikap
Khadijah r.a. pada saat pertama lebih agung dan lebih besar daripada semua sikap yang
mendukung da'wah itu sesudahnya. Sesungguhnya Khadijah r.a. merupakan nikmat Allah yang
besar bagi Rasulullah SAW. Khadijah mendampingi Nabi SAW selama seperempat abad,
berbuat baik kepadanya di saat beliau gel isah, menolong- nya di waktu-waktu yang sulit,
membantunya dalam menyampaikan risalahnya, ikut serta merasakan penderitaan yang pahit
pada saat jihad dan menolong- nya dengan jiwa dan hartanya.

Rasulullah SAW bersabda :"Khadijah beriman kepadaku ketika  orang- orang mengingkari. Dia
membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan. Dan dia memberikan hartanya kepadaku
ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa. Allah mengaruniai aku anak darinya dan
mengharamkan bagiku anak dari selain dia." [HR. Imam Ahmad dalam "Musnad" -nya, 6/118]
Diriwayatkan dalam hadits shahih, dari Abu Hurairah r.a., dia berkata :"Jibril datang kepada
Nabi SAW, lalu berkata :"Wahai, Rasulullah, ini Khadijah telah datang membawa sebuah wadah
berisi kuah, makanan atau minuman. Apabila  dia datang kepadamu, sampaikan kepadanya salam
dari Tuhan-nya dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga, (terbuat) dari
mutiara yang tiada suara ribut di dalamnya dan tiada kepayahan." [Shahih Bukhari, Bab
Perkawinan Nabi SAW dengan Khadijah dan Keutamaannya, 1/539]

Monday, May 31, 2010

7 Perkara Ganjil



7 Perkara Ganjil
7 Perkara Ganjil


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.  Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur
untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."
         *Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
          *Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
          Sambung pemuda itu lagi, *Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
        Jawab ahli ibadah tersebut, *Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya.  Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika  sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"
 
         Pemuda itu menyambung lagi, *Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."
 
        *Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi. 
         *Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
 
         Jawab ahli ibadah itu, *Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."
 
          *Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.
          *Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut. 
         *Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"
 
         *Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
 
         *Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.
 
        Jawab ahli ibadah tersebut, *Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."
 
         Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya  jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

Sunday, May 30, 2010

Fakta Yang Hendak Di Kongsi

1. Mao Tse tsung tidak pernah memberus gigi sepanjang hayatnya. Beliau mengunakan air teh utk berkumur dan akan mengunyah daun teh mentah utk membersihkan giginya.

2. Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan. America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali

3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

4. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune .

5. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

6. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

7. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

8. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

9. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

11. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

12. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

13. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

14. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

15. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan
boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

16. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

17. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

18. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu

19. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah

20. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

21. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
 
22. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.
 
23. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu
 
24. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah

Friday, May 28, 2010

Millatfacebook cabar Facebook,Jom Cuba!



Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, Islam

ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.

Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.

Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.
Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP

Jom kita cuba demi maruah agama kita...


Wednesday, May 12, 2010

ALASAN PALING TOP UNTUK TIDAK BERTUDUNG


1.           Mereka kurang tahu tentang dalil-dalil dari al-Quran dan al-Hadis mengenai kewajiban menutupi aurat dan bertudung. Mereka kata, “Maaf, kami tak tau pun?” Mereka juga kurang tahu akan pengertian aurat. Mereka tidak kenal dengan alim ulama dan mereka juga tidak mahu atau mungkin tidak berpeluang mendekati alim ulama. So, kalau dah tak tau usahakanlah untuk ambil tau.



2.           Alasan kedua, “menutup aurat dan bertudung ni panas dan merimaskan lah”. Tapi tidak terfikirkah mereka betapa panasnya lagi neraka di kemudian hari yang mana akhirat itu adalah tempat yang lebih kekal berbanding dunia fana yang sementara ini. Emmm… tapi, kenapa ramai jugak mengatakan bahawa dengan bertudung dan menutup aurat ni diri mereka berasa lebih selesa dan tenteram. Then, kenapa mereka boleh, ada pulak sibuk kata tak boleh?




3.           Mereka kata lagi, “orang yang pakai tudung pun belum tentu baik perangainya”. Jadi, adakah itu alasannya untuk tidak memakai tudung? maknanya yang kata camtu baik kot… Sebenarnya dua-dua pun tak kena (sama-sama tak baik). Kalau perangai tak baik, itu pun tak elok. Then, kalau tak pakai tudung pun lagi lah tak elok. Sebenarnya, dalam kehidupan sebagai seorang muslim, asasnya adalah ketaqwaan dan keimanan iaitu seberapa taat kita kepada ALLAH Tuhan Yang Maha Menciptakan kita. Soal siapa baik tidak sepatutnya timbul. Tetapi, persoalan yang patut kita fikirkan ialah siapakah yang lebih takwanya disisi ALLAH. Adakah kita sudah cukup baik disisi ALLAH atau apakah usaha kita untuk menambahkan takwa kita? tambahan pula menutup aurat itu adalah wajib.





4.           Baiklah, ada juga di kalangan yang tidak menutup aurat ni sebenarnya semua tahu aurat tu wajib ditutup (dengan sempurna). Tapi, macam ni pulak katanya, “belum sampai serulah nak tutup aurat”. Seolah-olah, ketetapan ALLAH tu macam tak penting jer dan boleh tangguh-tangguh pulak… Tapi persoalannya, adakah nak mati tu ada tarikh-tarikhnya yang diberitahu telebih dahulu atau diseru terlebih dahulu. Ada ke dalam Quran kata, hukum tu boleh ditangguh-tangguhkan ikut suka-suka hati? Belum sampai seru juga membawa maksud, “hidayah belum sampai”. Emmm, persoalannya, dah kalau tak usahakan dan cari hidayah tu, manalah nak datangnya hidayah? Dah kalau hidup pun sukakan kepada yang tak baik (melanggar ketetapan ALLAH) ada ke hidayah tu nak datang dekat pada diri kita? Setiap manusia tidak tahu suratan Luh Mahfz masing-masing.




5.           Lagi, ada yang merasakan sudah cukup bagus dan bergaya dengan gaya yang ditampilkan. Ada yang fikir, itulah gaya yang “up to date” dan moden. Tetapi persoalannya, apakah tujuan sebenarnya kehidupan kita di muka bumi ini? Tak terfikirkah kita… adakah gaya yang ditampilkan itu menepati kehendak ALLAH S.W.T dan cukup bagus disisi-NYA atau pun tidak? Pada hakikatnya islam pun mempunyai gaya dan identitinya sendiri, rasanya tak perlulah kita mencedok budaya atau gaya yang bertentangan dengan agama Islam yang syumul




6.           Alasan seterusnya, “Kami tak tau pun, penting sangat ke perkara ni?” Mereka mungkin tidak faham secara keseluruhannya apa itu kehendak Islam. Inilah yang paling menyedihkan. Dan lebih teruk lagi, ada yang tidak mahu untuk menimba ilmu yang berkaitan.






7.           Lagi “Apa baiknya menutup aurat ni?” Paling teruk lagi,  mungkin meragui al-Quran. So, kenapa tak kaji bersungguh-sungguh al-Quran? Sedangkan, orang yang bukan Islam pun boleh masuk Islam apabila mereka mengerti akan Islam dan al-Quran dengan baik. Tapi, macam mana dengan kita yang dah Islam ni?




8.           Lagi alasan  “orang yang hebat-hebat macam menteri, professor, doctor, artis dan cikgu saya pun tak pakai tudung… kenapa mesti saya pakai tudung?”. Emmm, kenapa nak tengok kepada ‘title dan darjat’, Kenapa tak nak tengok kepada orang-orang yang beriman dengan baik terhadap suruhan ALLAH? Kenapa tak dikaji, atau tanya orang yang pakar bab-bab agama?





9.           Ada juga mungkin boleh kata begini, “Eh! Astora Jabat kata boleh apa tak pakai tudung, bukan salah mana pun?”Mungkin juga mereka ni orang-orang dan pengikut Astora Jabat kot.. ( Orang yang dianggap banyak menyelewengkan fakta agama melalui tulisannya di akhbar-akhbar perdana). Mufti pun dah sepakat mengatakan Astora Jabat ni orang yang bermasalah, tak kan la kita nak ikut kan..




10.           Akhir sekali, mungkin memang tak mahu terima kenyataan terhadap kebenaran yang hakiki. Hati yang penuh dengan kebencian terhadap kebenaran. Ada selalu berkata, “Eh, aku punya suka la! Ko apa sibuk?” “Kalau berdosa pun, aku yang berdosa, bukannya korang!” Kalau dah sampai tahap ni… memang tak tau nak kata apalah. Hanya ALLAH yang boleh menyelamatkan… itu pun jika DIA menghendakinya. Dan ketahuilah, sesungguhnya ALLAH sentiasa menghendaki kamu bersegera kepada taubat. Tetapi manusialah yang selalunya bertindak sombong dan bencikan kebenaran yang telah ditetapkan oleh ALLAH.

Moga-moga kita dapat kenang balik dan ambil manfaat dari artikel diatas. Yang baik jadikan tauladan, yang tak baik jangan jadikan sempadan tapi p letak jauh-jauh, jadikan orang dekat dengan kita mahupun sempadan dengan kita semua orang baik-baik.

Wallahu'alam...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More